skip to main | skip to sidebar
SAF ZAHIRUL HAQ
RSS
  • Home
  • Fan @ Facebook
  • SMK Tun Hussein Onn

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita

Shairazzi 0 comments

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Andalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan anda perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.



Anda ingin lebih cantik dan menarik??


# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

sumber: iLuvIslam


4:15:00 PM



0 responses to "Di Mana Cantiknya Seorang Wanita"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SHOUTS !


ShoutMix chat widget

    Carian

    Tepati Waktu Solat

    Blog Archive

    • ►  2013 (1)
      • ►  January (1)
    • ►  2012 (3)
      • ►  June (1)
      • ►  March (2)
    • ►  2011 (12)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (3)
      • ►  February (3)
      • ►  January (2)
    • ▼  2010 (46)
      • ►  December (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  April (2)
      • ►  March (13)
      • ▼  February (20)
        • PERINGATAN DAN SEBARKAN
        • Sayings of the Prophet Muhammad(may peace and bles...
        • Dajjal
        • Ciri-ciri Kepimpinan Yang Baik
        • DOES LOVE HARAM IN ISLAM????
        • Rasulullah s.a.w. sebagai Pemimpin
        • The Timelessness of Prophet Muhammad's Message
        • None of the Bible’s Writers Believed That Jesus is...
        • Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam
        • Mereka Memilih Islam
        • How to Convert to Islam and Become a Muslim
        • ISLAM AT GLANCE
        • Hukum Rai Valentine Dan Jual Bunga
        • CINTA - SEJATI ATAU ILUSI
        • Bertudung ! Tetapi.....
        • Di Mana Cantiknya Seorang Wanita
        • Anak Luar Nikah...
        • Kiamat 2012
        • BELANG SEBENAR HARI VALENTINES DAY
        • MENJAUHI BUDAYA SONGSANG- VALENTINES DAY
      • ►  January (6)

    Laman - Laman Saudara Semuslim

    • Berfikir Sejenak ( Dzul - Author )
    • HALUAN Malaysia
    • I Luv Islam
    • Ibn Rajab Online
    • Institut Kefaham Islam Malaysia ( IKIM )
    • Islamic Propagation Society International ( IPSI )
    • IslamOnline.net
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
    • Kuliyah.net
    • Nasyid FM
    • Oh ! Islam
    • Pencari Cinta Ilahi
    • Qhazanah
    • Reading Islam
    • SATU UMAT
    • Tanyalah Ustaz
    • Untuk Sesama Insan

    Free Counter

Copyright © All Rights Reserved. SAF ZAHIRUL HAQ | Converted into Blogger Templates by Theme Craft