skip to main | skip to sidebar
SAF ZAHIRUL HAQ
RSS
  • Home
  • Fan @ Facebook
  • SMK Tun Hussein Onn

MENJAUHI BUDAYA SONGSANG- VALENTINES DAY

Dy 0 comments

Valentines day.... Apa yang ada pada hari Valentine sehinggakan majoriti remaja muslim terpengaruh dengannya? Dy terasa terpanggil untuk mendedahkan tentang ciri-ciri sebenar Hari Valentine. Islam memberikan perhatian serius terhadap persoalan persaudaraan dengan menyuruh umatnya agar sentiasa menjaga ukhwah kerana ia asas kepada kekuatan umat Islam di samping meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri setiap muslim. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa membajai hati kita dengan sifat-sifat berkasih sayang terhadap sesama manusia khususnya umat Islam dan semua makhluk ciptaan Allah S.W.T.

Dengan memiliki sifat seperti berkasih sayang dan saling percaya-mempercayai sesama manusia, ianya menjadi landasan kearah mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pembaca yang dimuliakan,
Bulan Februari bulan yang sangat sinonim dengan kasih sayang bagi orang bukan Islam dan segelintir umat Islam yang jahil dengan agamanya sendiri. Pada bulan ini, mereka terbayang-bayang kuntuman bunga ros merah yang bakal mereka terima dan mereka juga mengharapkan akan wujud satu malam yang penuh romantis. Bagi mereka yang bergaji, awal-awal lagi sudah mengasingkan wang ringgit semata-mata untuk membeli hadiah yang paling istimewa kepada orang yang kononnya paling disayangi dan macam-macam lagi persediaan yang dibuat.

Apakah signifikannya atau pentingnya menyambut hari kasih sayang atau mengingati kekasih pada bulan Februari ini.?? Adakah ia menunjukkan kemodenan atau kononnya bersikap terbuka dan liberal atau hanya menjadi "PAK TURUT" kepada orang BARAT yang merupakan musuh Islam yang sentiasa berfikir dan mencari jalan melemahkan seterusnya menghancurkan umat Islam. Malah sejak kebelakangan ini, pesta perayaan hari mengingati kekasih diraikan dengan pelbagai sambutn yang TIDAK BERMORAL seperti yang dilaporkan oleh media massa. Mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan yang BUKAN MAHRAM dan berlaku PERGAULAN BEBAS.

Sidang Pembaca yang dimuliakan.
Keinginan untuk mengikut orang lain memang ada dalam diri manusia, tetapi ia menjadi tercela apabila orang yang diiikuti itu berbeza keyakinan, berbeza akidahnya, berbeza ibadahnya dan berbeza syiarnya.

Allah berfirman dalam Surah Al-BAQARAH ayat 120(maksudnya) :

"Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan sekali-kali bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong kepada kamu."

Sabda Rasulullah S.A.W (yang bererti) :

" Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia termasuk kaum tersebut." (riwayat Abu Daud)


5:25:00 PM



0 responses to "MENJAUHI BUDAYA SONGSANG- VALENTINES DAY"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SHOUTS !


ShoutMix chat widget

    Carian

    Tepati Waktu Solat

    Blog Archive

    • ►  2013 (1)
      • ►  January (1)
    • ►  2012 (3)
      • ►  June (1)
      • ►  March (2)
    • ►  2011 (12)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (3)
      • ►  February (3)
      • ►  January (2)
    • ▼  2010 (46)
      • ►  December (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  April (2)
      • ►  March (13)
      • ▼  February (20)
        • PERINGATAN DAN SEBARKAN
        • Sayings of the Prophet Muhammad(may peace and bles...
        • Dajjal
        • Ciri-ciri Kepimpinan Yang Baik
        • DOES LOVE HARAM IN ISLAM????
        • Rasulullah s.a.w. sebagai Pemimpin
        • The Timelessness of Prophet Muhammad's Message
        • None of the Bible’s Writers Believed That Jesus is...
        • Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam
        • Mereka Memilih Islam
        • How to Convert to Islam and Become a Muslim
        • ISLAM AT GLANCE
        • Hukum Rai Valentine Dan Jual Bunga
        • CINTA - SEJATI ATAU ILUSI
        • Bertudung ! Tetapi.....
        • Di Mana Cantiknya Seorang Wanita
        • Anak Luar Nikah...
        • Kiamat 2012
        • BELANG SEBENAR HARI VALENTINES DAY
        • MENJAUHI BUDAYA SONGSANG- VALENTINES DAY
      • ►  January (6)

    Laman - Laman Saudara Semuslim

    • Berfikir Sejenak ( Dzul - Author )
    • HALUAN Malaysia
    • I Luv Islam
    • Ibn Rajab Online
    • Institut Kefaham Islam Malaysia ( IKIM )
    • Islamic Propagation Society International ( IPSI )
    • IslamOnline.net
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
    • Kuliyah.net
    • Nasyid FM
    • Oh ! Islam
    • Pencari Cinta Ilahi
    • Qhazanah
    • Reading Islam
    • SATU UMAT
    • Tanyalah Ustaz
    • Untuk Sesama Insan

    Free Counter

Copyright © All Rights Reserved. SAF ZAHIRUL HAQ | Converted into Blogger Templates by Theme Craft