Kisah Kelahiran (Maulid) Nabi S.A.W
Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaannya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah s.a.w bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.
Di belakang tubuh baginda juga terdapat tanda kelahiran seperti cop yang tertulis “Khatamun-Nabiyyin”. Sekiranya cop ini tiada pun, baginda tetap menjadi nabi. Ia cuma sebagai “syabasi”, seperti tanda penghargaan misalnya kita selalu menepuk belakang seseorang apabila mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.
Rasulullah s.a.w lahir pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Pada tahun itu tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang untuk meruntuhkan kaabah. Apabila tentera Abrahah sampai di Mekah, mereka merampas binatang ternakan orang-orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah.
Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk di bawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaannya itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya dengan membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya dengan membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu semakin dekat rupanya sekumpulan burung Ababil, setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tanpa terkecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran, surah Al-Fill.
Tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan paderi Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu bila keempat empat orang ini pulang ke halaman masing-masing, mereka berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Abdullah sebagai Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak pernah ada yang bernama Muhammad.
7:09:00 PM