CAKAP.
Assalamualaikum. Mungkin sudah lama Pak Dy tidak muncul dengan artikel-artikel baharu. Bukan tidak mahu menulis, tetapi akhir-akhir ini Pak Dy diuji dengan pelbagai jenis ujian kesibukan, musibah ahli keluarga sakit dan sebagainya. Jadi, Pak Dy memilih untuk berehat seketika kerana takut tidak dapat menghasilkan artikel yang berkualiti.
Berbicara mengenai CAKAP. Semua orang berkata-kata. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak, besar atau kecil, tua atau muda. Walau kepada seseorang yang bisu, individu itu turut berpeluang berkomunikasi. Sengaja Pak Dy memilih tajuk ini dalam konteks kita ingin memahami garis panduan cara kita berkomunikasi sesama insan. Kita dapat melihat dalam komuniti kita sekarang ini, perkataan-perkataan sumbang dan carutan serta makian menjadi amalan dalam kita menyampaikan buah fikiran atau rasa tidak puas hati kepada rakan atau jiran atau mungkin juga ahli keluarga. Sebenarnya, selaku seorang Islam, berkata-kata yang baik itu adalah sesuatu yang sangat dituntut. Dalam satu hadis yang sahih, riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda :
“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah ia menyakiti jirannya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yang baik atau berdiam.”
Merujuk kepada satu hadis yang pendek ini, kita dapat menghitung diri kita sendiri, apakah Islam menggalakkan perkataan-perkataan yang berbentuk makian dan cacian?? Mungkin anak muda remaja kita selalu menggunakan perkataan sumbang daripada BARAT yang mempunyai maksud yang pelbagai tetapi semuanya CARUTAN SEMATA-MATA. Pak Dy ingin merangkumkan perkataan-perkataan itu di dalam artikel ini tetapi dikhuatiri artikel yang mempunyai hadis Nabi yang mulia akan dicemari.
Mengapa carutan??? Mengapa carutan yang menjadi kegemaran kita pada hari ini??? Kita mengaku diri sebagai umat Nabi s.a.w tetapi kita tidak mengikuti apa yang Nabi s.a.w lakukan walaupun dalam konteks perkataan yang baik. Pernahkah Nabi mencarut??? TIDAKKKK!!!! Rasulullah s.a.w. hanya mengeluarkan perkataan yang mulia sahaja dan kata-kata itu hanya apa yang diwahyukan kepada baginda. Mungkin ada pihak yang meniru apa yang BARAT lakukan atas alasan pihak BARAT terlalu hebat dan semua artis-artis mereka menggunakan perkataan MENCARUT itu. Mengapa BARAT harus kita kagumi??? Sampaikan CARUTAN mereka kita muliakan tetapi kata-kata mulia Rasulullah kita abaikan????
Sebagai satu bentuk muhasabah diri, jom kita jawab soalan-soalan yang mungkin kita tidak pernah bertanya pada diri kita sepanjang kita hidup di dunia ini...
1. Terjaminkah syurga buat kita jika apa yang dikeluarkan oleh mulut ciptaan ALLAH hanya carutan semata-mata??
2. Betulkah ALLAH akan mengiktiraf diri kita sebagai hamba-Nya jika semua kata-kata kekasihnya iaitu Rasulullah s.a.w kita abaikan????
3. Bolehkah artis-artis BARAT yang kita agung-agungkan itu MEMBERI SYAFAAT kepada kita di akhirat kelak hanya kerana kita meniru perkara BURUK yang mereka lakukan???
4. HEBAT sangatkah kita ini sehingga kesilapan orang lain kita hanya tahu menghukum dengan kata-kata KEJI dan CARUTAN????
BUKAN NIAT NAK MEMAKI, tetapi PAK DY hanya ingin BERMUHASABAH DIRI. Renungkan, “digest” dan pacu nakhoda PERUBAHAN. Moga kita menjadi generasi UMAT TERBAIK. Sekian, wassalam...
9:35:00 AM
Subscribe to:
Posts (Atom)