skip to main | skip to sidebar
SAF ZAHIRUL HAQ
RSS
  • Home
  • Fan @ Facebook
  • SMK Tun Hussein Onn

Kisah Kelahiran (Maulid) Nabi S.A.W

0 comments


Kisah Kelahiran (Maulid) Nabi S.A.W



Nabi Muhammad SAW adalah nabi awal dan nabi akhir. Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaannya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah s.a.w bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah.
Di belakang tubuh baginda juga terdapat tanda kelahiran seperti cop yang tertulis “Khatamun-Nabiyyin”. Sekiranya cop ini tiada pun, baginda tetap menjadi nabi. Ia cuma sebagai “syabasi”, seperti tanda penghargaan misalnya kita selalu menepuk belakang seseorang apabila mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.
Rasulullah  s.a.w lahir pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April 571 M. Pada tahun itu tentera bergajah dari Afrika dibawah pimpinan Abrahah datang untuk meruntuhkan kaabah. Apabila tentera Abrahah sampai di Mekah, mereka merampas binatang ternakan orang-orang Mekah. Diantara yang mereka rampas 200 ekor unta Abdul Mutallib. Abdul Mutallib datuk Nabi kita yang ketika itu merupakan ketua Mekah datang mengadap Abrahah.
Bila Abdul Mutalib masuk mengadap Abrahah, Abrahah turun duduk di bawah dengan Abdul Mutallib kerana menghormati Abdul Mutalib. Melihat perawakannya saja sudah jelas kehebatan dan ketokohannya. Abdul Mutallib minta Abrahah kembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang Mekah yang telah dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaannya itu, Abrahah fikir Abdul Mutallib nak minta belas kasihannya supaya jangan ganggu Kaabah. Kata Abdul Mutallib, wahai Abrahah, aku ini tuan unta unta ini sebab itulah aku minta dibebaskan unta unta ini, Kaabah itu ada tuannya, yang menjaganya, kalau Kaabah itu Rumah Allah pasti Allah menjaganya.
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah, yang penting dia nak robohkan Kaabah. Jadi Abdul Mutallib pulang ke kaumnya dengan membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah ke bukit yang berhampiran. Dari bukit itulah orang orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang akan dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Pada hari yang telah takdirkan oleh Allah, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya ke arah Kaabah untuk merobohkan Kaabah. Maha Besar Tuhan, dengan kuasa Allah Rabbul kaabah, gajah tidak mahu bergerak walaupun dipukul, bila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak, bila dihalakan ke arah kaabah gajah tak mahu bergerak. Ketika itu juga kelihatan awan hitam dilangit, bila kehitaman hitam itu semakin dekat rupanya sekumpulan burung Ababil, setiap seekor burung bawa tiga biji batu kecil. Burung burung ini melepaskan batu batu kecil ini kepada tentera Abrahah. Maha Besar Tuhan yang maha Gagah, bila batu batu kecil ini mengenai tentera Abrahah mulalah daging-daging mereka berguguran dan menjadi cair. Ramai tentera Abrahah yang mati, bila Abrahah melihat hal itu dia lari menyelamatkan diri tapi batu sudah mengenai badanya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya semuanya mati tanpa terkecuali. Allah telah menceritakan pada kita umat akhir zaman cerita ini dalam Al Quran, surah Al-Fill.
Setelah peristiwa itu Abdul Mutallib tawaf mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur kerana ia diselamatkan oleh tuannya. Kemudian berita kelahiran Nabi s.a.w pula sampai kepada Abdul Mutalib. Abdul Mutalib terlalu gembira apa lagi bila mendengar cerita cerita tadi, bertambah gembira lagi Abdul Mutalib. Ketika itu Abdul Mutalib sudah menyebut bahawa anak ini akan mempunyai satu masa depan yang besar. Kerana terlalu gembira Abdul Mutalib terus membawa Rasulullah (yang masih bayi kemerahan lagi) ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Allah dan tawaf sekali lagi.
Tentang nama Muhammad, Abdul Mutalib pernah satu ketika bermusafir ke Syam dengan 3 orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan paderi Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka bahawa di Mekah akan lahir seorang Nabi, namanya Muhammad. Selepas itu bila keempat empat orang ini pulang ke halaman masing-masing, mereka berazam untuk menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki dari anak kesayangannya Abdullah sebagai Muhammad. Sedangkan sebelum itu orang orang Arab tidak pernah ada yang bernama Muhammad.


7:09:00 PM



Status Facebook Berhikmah

0 comments

Assalamualaikum .. dah lama ana tak update blog ni , sibuk sikit dengan tugas2 dekat sekolah , lagipun tahun ni nak hadapi satu peperiksaan yang dikira kedua terbesar di peringkat sekolah menengah , PMR .. apa apa pun , tugas ana sebagai ketua biro ICT tidak boleh juga ditinggalkan .. InsyaAllah , ada masa ana akan cuba update blog ni dengan post2 yang bermanfaat untuk semua .. entry kali ni , ana nak kongsikan sedikit berkaitan dengan STATUS FACEBOOK BERHIKMAH .. sebelum tu , ana nak cerita sikit berkaitan dengan pengguna facebook ni .. antara pengguna2 facebook kini , lebih daripada 800 juta pengguna aktif ,lebih daripada 50% pengguna facebook log masuk setiap hari dan secara puratanya pengguna facebook ni memiliki 130 lebih kenalan .. malah , ada juga budak2 yang masih bersekolah di sekolah menengah yang sudah pun mempunyai acount facebook , termasuk juga remaja mahupun dewasa .. oleh itu , gunakanlah facebook ni untuk tujuan yang baik seperti berdakwah , berkenalan dengan saudara mara and benda2 yang berfaedah .. jangan disebabkan facebook , ada umat Islam yang bergaduh sesama sendiri sehinggakan memalukan diri sendiri .. antara status2 facebook yang berhikmah yng ingin ana kongsikan :-

AKIDAH

1.Bila ada kematian , menjadi tabiat orang ramai mengingat ingat perlakuan pelik si mati , kononnya sebagai tanda ajalnya , ketahui itu adalah khurafat dan tiada kaitan perlakuan pelik itu dengan sampai ajalnya . Kita ditegah mempercayai kaitannya , jagalah iman dan akidah kalian .

2.Ada kalanya kita rasa cemburu dengan pencapaian , kejayaan , harta , dan perolehan orang lain . Tanpa dikawal ,cemburu itu boleh memakan diri , juga menghasilkan perasaan dengki . Kawal ia dengan yakin sekiranya bukan rezeki kita , apa jua yang kita lakukan tetap tidak akan diperoleh , yang penting usaha dan tawakkal serta redha dengan apa jua hasilnya . Semuanya berdasarkan rezeki masing2 , maka hati pun tenang .

IBADAH

1.Tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita . Sekiranya hak milik kita , kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita , sama seperti kereta 'remote control' .

2.Banyak berdoa tapi tidak memahami apakah maksud doanya . Ini satu lagi penyakit yang menular dalam masyarakat kita , memang bagus menghafal dia yang sahih daripada Al-Quran dan hadis Nabi tapi ia akan tergugat apabila kita tidak memahami apakah doa yang diulang ulangnya itu .

LELAKI DAN WANITA

1.Ramai yang terpengaruh dengan acuan Barat dalam menilai defiianisi kemajuan , lalu setiap perlakuan wanita dan lelaki Barat dijadikan sebagai 'standard' kemajuan sendiri . Tersesatlah mereka dari jalan keredhaan Allah . Tiada lagi Islam dalam kamus diri tatkala itu , keredhaan Allah dan Rasul-Nya , yang ada hanya rasa bangga kerana berjaya meniru Barat dan 'maju' , hakikatnya mundur di sisi Allah .

2.Wanita begitu sukakan kecantikan , maka Allah menjadikan fizikal wanita cantik namun cepat dimakan usia . Sekiranya kecantikan diyakini modal bagi mencapai kebahagiaan , hilanglah kebagiaan itu dimakan usia . Wanita solehah menjadikan kecantikan rohani dan adab sebagai modal mencapai bahagia dalam rumah tangga , dunia akhirat , lalu ia berkekalan .

3.Antara tanda lelaki itu baik adalah dia tidak akan membicarakan soal seks atau menaikkan syahwat dengan perempuan sama ada melalui SMS , telefon , ataupun berdepan selagi mana dia belum bernikah denganmu . Mana mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami ataupun itu adalah bakal suami penzina , kecuali apabila mereka bertaubat .

4.Dari telinga , jatuh ke hati , itu adalah WANITA , mudah terpesona dengan apa yang didengarinya . Akibatnya , sering ditipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap . Dari mata jatuh ke hati , itu LELAKI , mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya , hingga kerap terkeliru antara indah hakiki dan palsu . Justeru , WANITA perlu berhati hati dengan ucapan indah yang didengarinya , dan LELAKI perlu menjaga pandangannya .

5.Apabila wanita tidak bahagia dalam hubungan , sukar baginya untuk fokus dan cemerlang dalam semua kerjanya . EMOSInya menjadi penentu . Apabila lelaki tidak bahagia dalam kerja , dia sukar untuk fokus pada hubungannya . PENCAPAIANnya menjadi penentu .

6.Jangan beralasan terlalu cintakan pasangan yang belum halal bagimu , kerana terlalu sayangkan dia sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus dengannya . Semua itu hanya nafsu , bukan cinta dan sayang yang suci , ia ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah sehingga sukar berpisah dengannya . Memang sukar , namun perlukan azam yang kuat dan bagi menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar .

Sekian saja entry ana kali ini , hope apa yang ana kongsikan , kita semua mendapat keberkatan Allah , InsyaAllah .. SUKA , BACA , FAHAM dan sebarkan . Yang baik datang daripada Allah , yang buruk datang daripada diri ana sendiri . Semoga bertemu lagi di entry2 yang akan datang , InsyaAllah ! sekian , Assalamualaikum .. :)


11:12:00 AM



0 comments

Wawasan Diri


2:31:00 AM



Kem Smart Solat

0 comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh ..

.. Alhamdulillah , bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk aku menulis dalam blog ni .. tajuk yang aku nak bincangkan hari ni ialah Kem Smart Solat yng telah diadakan di sekolah aku .. Alhamdulillah , kem trsebut dah selesai dengan selamat .. hope para peserta dalam kem tersebut mendapat ilmu yang bermanfaat , dan terima kasih juga kepada para fasi yang dah bertukus lumus menjayakan kem tersebut .. semoga Allah membalas jasa baik anda semua .. nantikan gambar2 kem tersebut .. atau boleh pergi ke fb - Muhammad Amirul Akhmal untuk melihat gambar2 semasa kem tersebut sedang dijalankan .. semoga bertemu lagi , InsyaAllah .. Assalamualaikum .. =)


8:19:00 PM



0 comments

Menjelang Ramadan, Bulan Yang Mulia


Renung-Renungkanlah Kisah Ini...

...Berkata seorang SUAMI kepada ISTERI nya,
"izinkan aku beribadah pada malam ini, wahai isteriku"

Si
ISTERI menjawab,
"Aku sebenarnya merase senang sekali berada dekat denganmu tetapi aku lebih senang melihatmu melalukan apa yang kamu senangi"

Si
SUAMI lalu bangkit mengambil wuduk dan bersolat, dia menangis sepanjang solatnya, Demikianlah keadaannya sepanjang malam hingga tiba waktu subuh.

Siapakah pasangan
SUAMI dan ISTERI ini?

Si
SUAMI ialah NABI MUHAMMAD s.a.w.
Si
ISTERI pula ialah SAYYIDATINA 'AISHAH r.a.
Rasulullah juga pernah bertanya?

"Mengapakah baginda masih bersusah payah beribadah, walaupun sudah dijamin pengampunan oleh ALLAH"?

Hayatilah jawapan Baginda S.A.W

"Maka apakah tidak patut aku menjadi hamba yang
bersyukur?
Sebagai hamba yang penuh dengan noda dan dosa tidakkah kita merasa malu dengan akhlak Baginda s.a.w.?

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang bakal mejelang ini rebutlah rahmat dan kasih Allah kepada kita..

Pintalah pengampunan dari Allah lakukan ibadah sebanyak mungkin yang termampu..

Hayati firman ini:

"
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa".

surah Al-baqarah 183.

Pertingkatkanlah
iman didada..
kukuhkanlah
keyakinan kita pasa keagungan Allah..
Hapuskanlah segala
sifat keji di dalam hati..
Gantikanlah ia dengan keimanan yang tulus lagi
suci..
Tingkatkanlah
ketaqwaan di dalam hati..
Perbaikilah segala kekurangan di dalam diri..Ambillah contoh amalan dan hati budi Nabi yang tetap terus ingin beribadah dan bersyukur walau telah dijamin pengampunan Allah..

Semoga
Ramadhan kali ini menjadi yang paling bererti buat kita semua..Usah sia-siakan peluang yang ada.. Rebutlah dan hargailah Anugerah Allah ini kerana ia mungkin, Ramadhan yang terakhir kali buat kita..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa walaupun kita dijamin masuk ke syurga, janganlah sesekali kita mengabaikan ibadat dan akidah kita kepada Allah S.W.T kerana dia lebih mengetahui daripada apa yang kita ketahui...Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan lakukanlah ibadat kepada-Nya dengan sebanyak-banyaknya kerana Bulan Ramadan ini adalah bulan yang penuh dengan keberkatan...


7:10:00 PM



0 comments

Bulan Syaaban


Pendahuluan

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


8:55:00 PM



Adab Menegur

Syafiq 0 comments

Rasulullah bersabda yang bermaksud;


"Muslim itu adalah seorang yang menyelamatkan(atau menyejahterakan) muslim yang lain dengan lisannya(percakapan) dan tangannya"


ADAB MENEGUR (DO’s and DON’Ts)

1 : Adab memulakan teguran, Panggillah dengan apa-apa gelaran yang sesuai, berhentilah merendah-rendahkan orang lain, teruskan berkongsi kerana ia sangat penting buat kita. Panggillah Abang (bagi yang sudah halal ikatannya), Pakcik, Makcik, atau apa jua panggilan sekalipun yang melembutkan hati kepada mereka yang lebih tua. Juga panggillah Anakku, cahaya mataku, Ibuku, ayahku, atau jua kesukaan yang mententeramkan jiwa kepada jiwa pemuda-pemudi kita. Agar keduanya tidak terabai dari menerima kebaikan dari manfaat ditegur.

2 : Alternatif baik: sampaikan idea dalam teguran.
Contohnya memulakan ayat seperti “Sahabat, ana fikir sepatutnya begini begini…”
Ataupun dalam bentuk cerita atau qias yang LOGIK. Jangan terlalu memberi contoh yang meriakkan diri anda dan jangan terlalu menekankan isu remeh temeh. Jika perlu juga ditegur, janganlah terlalu mendesak sehingga mereka rasa terpaksa dan bosan.

3 : DON’T : ‘Holier than thou’ / ‘Gua’ lagi mulia dari ‘lu’. Amat menakutkan sekali golongan ini yang menegur dek kerana memikirkan diri itu mulia. Iya, mungkin ada benarnya kata-kata seseorang yang menegur, tetapi harus di ingat bahawa kita tidak mungkin mulia jika niat kita terpesong sedari awal.
Bukankah ALLAH swt ada berfirman dalam surah Al-Hujuraat ayat 13;

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Lalu mana kita tahu amalan siapa yang lebih tinggi darjatnya? Mana kita tahu amalan siapa pula yang diterimaNya. Jadi, diingatkan di sini agar kita buat usaha kita sebagai manusia (salah satunya tanggungjawab menegur ini) dan tinggalkan urusan selebihnya kepada Allahu subhanahu wa ta’ala (ALLAH yang maha Haq menilai iman dan taqwa seseorang).

TEGURAN DAN JIWA BESAR, SABAR DAN HUSNUDZON YANG TINGGI
Teguran itu ada kaitannya dengan penerimaan hati dan jiwa. Manusia berhubungan dengan perasaan. Perlu tulus dan ikhlas. Lainnya, perlu banyak sabar dan bersangka baik terhadap orang yang ditegur. Jelas dahulu dengan kekusutannya, baharu disusun kata dalam nasihat.Di sini selalunya timbul masalah apabila kita kurang sabar dalam memerhati perubahan seseorang setelah di tegur.

Contohnya isu yang bertunas dikalangan para daie dan badan jemaah, apabila seorang ahli punya nilai yang sedikit lemah seperti dalam cara beroganisasi atau permasalah umat yang bertunjang kini iaitu pemakaian. Ramai yang pasti mengutuk ‘kedegilan’ mereka untuk menerima teguran sedangkan mereka hidup dalam jemaah yang roh tarbiyyahnya kuat.

Mengulas sedikit tentang isu ini, terdapat ulasan dari Syeikh dr. yusuf al-qardhawi bahawa;

'Mereka yang berpenyakit hati (cinta dunia) ini seperti pesakit yang menghdp suatu penyakit. Lalu tentu penyakit dan ubatannya berbeza mengikut jenis dan tahapnya. Namun bg pesakit apa yang lbh penting sbnrnya adalah perhatian para doctor (pengamal perubatan) yang memberi motivasi, sabar dalam mengubati dan hemah dalam berhadapan dengan pesakit. Lalu para daie, haruslh belajar memahami situasi penyakit hati dan bersabar srta berhemahlah dalam mengubati'

Seorang ahli ilmu balaghah pernah berkata yang di petik di dalam buku La tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni:

‘Janganlah kerana satu aib tersembunyi atau dosa kecil yang sebenarnya dapat ditutupi oleh kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, yang pernah anda terima kehidupannya, yang pernah anda ketahui kemuliaannya, dan yang pernah anda ketahui kemampuan berfikirnya. Sesungguhnya engkau selamanya tidak akan mendapat teman yang bersih tanpa kelemahan dan tidak pernah melakukan suatu kesalahan.’

Oleh itu cerminlah pada dirimu sendiri sesudahnya; pertimbangkanlah ia dengan pandangan yang objektif; dan janganlah kamu menilainya dengan pandangan seenakmu. Sesungguhnya pertimbanganmu terhadapnya dan penilaianmu kepadanya akan membantumu untuk mendapatkan apa yang engkau inginkan dan membuatmu bersikap penyantun terhadap orang yang berbuat kesalahan.”

TegurlahNak menegur tidak salah, malah diperintah agama!

Dari surah Al-Asr,

“Dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar”

Hadis riwayat Muslim,

“Agama itu nasihat”

Dua dalil ini menunjukkan nasihat itu tuntutan agama. Tapi nasihatlah dengan tawaduk dan rendah diri. Buangkan ego dan buruk sangka.

Sabarlah...Sabarlah kerana memang inilah janji Allah. Inilah sunnatullah terhadap sang pejuang. Biarlah kita ini pejuang bak debu, kadang kala hadirnya kita hanya menyusahkan yang lain, dek kerana debu itu melekat-lekat di pakaian dan kenderaan sang pejuang besar, tapi sekurang-kurangnya kita mendapat berkatnya sang pejuang itu.

Sabarlah…

Nabi pernah digelar gila, dilempar najis dan batu. Kita sekadar sedih dikata macam-macam. Jangan dilayan kemuncup di tengah jalan. Ingat pesan Tuan Guru. Perjuangan kita ini tidak akan tercabut kerana tunjangnya Islam. Janganlah terlalu rakus mengharap perubahan insani. Berilah mereka ruang berfikir dan tegurlah dengan berhemah. Supaya kita tidak dibenci, benci yang menyebabkan kita hilang ruang untuk terus menegur.


11:07:00 PM



CAKAP

Dy 0 comments

CAKAP.

Assalamualaikum. Mungkin sudah lama Pak Dy tidak muncul dengan artikel-artikel baharu. Bukan tidak mahu menulis, tetapi akhir-akhir ini Pak Dy diuji dengan pelbagai jenis ujian kesibukan, musibah ahli keluarga sakit dan sebagainya. Jadi, Pak Dy memilih untuk berehat seketika kerana takut tidak dapat menghasilkan artikel yang berkualiti.

Berbicara mengenai CAKAP. Semua orang berkata-kata. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak, besar atau kecil, tua atau muda. Walau kepada seseorang yang bisu, individu itu turut berpeluang berkomunikasi. Sengaja Pak Dy memilih tajuk ini dalam konteks kita ingin memahami garis panduan cara kita berkomunikasi sesama insan. Kita dapat melihat dalam komuniti kita sekarang ini, perkataan-perkataan sumbang dan carutan serta makian menjadi amalan dalam kita menyampaikan buah fikiran atau rasa tidak puas hati kepada rakan atau jiran atau mungkin juga ahli keluarga. Sebenarnya, selaku seorang Islam, berkata-kata yang baik itu adalah sesuatu yang sangat dituntut. Dalam satu hadis yang sahih, riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda :

“Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah ia menyakiti jirannya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya, dan siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia mengatakan perkara yang baik atau berdiam.”

Merujuk kepada satu hadis yang pendek ini, kita dapat menghitung diri kita sendiri, apakah Islam menggalakkan perkataan-perkataan yang berbentuk makian dan cacian?? Mungkin anak muda remaja kita selalu menggunakan perkataan sumbang daripada BARAT yang mempunyai maksud yang pelbagai tetapi semuanya CARUTAN SEMATA-MATA. Pak Dy ingin merangkumkan perkataan-perkataan itu di dalam artikel ini tetapi dikhuatiri artikel yang mempunyai hadis Nabi yang mulia akan dicemari.

Mengapa carutan??? Mengapa carutan yang menjadi kegemaran kita pada hari ini??? Kita mengaku diri sebagai umat Nabi s.a.w tetapi kita tidak mengikuti apa yang Nabi s.a.w lakukan walaupun dalam konteks perkataan yang baik. Pernahkah Nabi mencarut??? TIDAKKKK!!!! Rasulullah s.a.w. hanya mengeluarkan perkataan yang mulia sahaja dan kata-kata itu hanya apa yang diwahyukan kepada baginda. Mungkin ada pihak yang meniru apa yang BARAT lakukan atas alasan pihak BARAT terlalu hebat dan semua artis-artis mereka menggunakan perkataan MENCARUT itu. Mengapa BARAT harus kita kagumi??? Sampaikan CARUTAN mereka kita muliakan tetapi kata-kata mulia Rasulullah kita abaikan????

Sebagai satu bentuk muhasabah diri, jom kita jawab soalan-soalan yang mungkin kita tidak pernah bertanya pada diri kita sepanjang kita hidup di dunia ini...

1. Terjaminkah syurga buat kita jika apa yang dikeluarkan oleh mulut ciptaan ALLAH hanya carutan semata-mata??
2. Betulkah ALLAH akan mengiktiraf diri kita sebagai hamba-Nya jika semua kata-kata kekasihnya iaitu Rasulullah s.a.w kita abaikan????
3. Bolehkah artis-artis BARAT yang kita agung-agungkan itu MEMBERI SYAFAAT kepada kita di akhirat kelak hanya kerana kita meniru perkara BURUK yang mereka lakukan???
4. HEBAT sangatkah kita ini sehingga kesilapan orang lain kita hanya tahu menghukum dengan kata-kata KEJI dan CARUTAN????


BUKAN NIAT NAK MEMAKI, tetapi PAK DY hanya ingin BERMUHASABAH DIRI. Renungkan, “digest” dan pacu nakhoda PERUBAHAN. Moga kita menjadi generasi UMAT TERBAIK. Sekian, wassalam...


9:35:00 AM



Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

SHOUTS !


ShoutMix chat widget

    Carian

    Tepati Waktu Solat

    Blog Archive

    • ▼  2013 (1)
      • ▼  January (1)
        • Kisah Kelahiran (Maulid) Nabi S.A.W
    • ►  2012 (3)
      • ►  June (1)
      • ►  March (2)
    • ►  2011 (12)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (3)
      • ►  February (3)
      • ►  January (2)
    • ►  2010 (46)
      • ►  December (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  April (2)
      • ►  March (13)
      • ►  February (20)
      • ►  January (6)

    Laman - Laman Saudara Semuslim

    • Berfikir Sejenak ( Dzul - Author )
    • HALUAN Malaysia
    • I Luv Islam
    • Ibn Rajab Online
    • Institut Kefaham Islam Malaysia ( IKIM )
    • Islamic Propagation Society International ( IPSI )
    • IslamOnline.net
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
    • Kuliyah.net
    • Nasyid FM
    • Oh ! Islam
    • Pencari Cinta Ilahi
    • Qhazanah
    • Reading Islam
    • SATU UMAT
    • Tanyalah Ustaz
    • Untuk Sesama Insan

    Free Counter

Copyright © All Rights Reserved. SAF ZAHIRUL HAQ | Converted into Blogger Templates by Theme Craft