Apabila kita memperkatakan berkenaan soal kepimpinan sebagai amanah, maka tidak dapat tidak kita harus memperkatakan berkenaan amanah pertama yang diamanahkan oleh allah kepada manusia di muka bumi ini iaitu sebagaimana yang dijelaskan dalam al-quran:
Firman Allah taala yang bermaksud :
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit,bumi dan gunung-ganang. Semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikulnya amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil." (Al-Ahzab : ayat 72 ).
Di dalam ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu tanggungjawab yang ditaklifkan adalah sesuatu bebanan yang berat sehingga tidak mampu dipikul oleh makhluk lain melainkan manusia yang sesuai dengan sifat mereka yang amat zalim dan jahil. Di samping itu juga, tanggungjawab terletak pada semua manusia,tidak kira sama ada pada lelaki atau pun perempuan kerana nabi bersabda :-
"Setiap seorang dari kamu adalah pengawal (pemimpin) yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya).Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya,begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya." ( Al-Bukhari )
Dalam ayat dan hadis yang telah dibacakan tadi menerangkan kepada kita bahawa tanggungjawab yang dipikul bukan sahaja terletak pada pihak tertentu,bahkan ianya terletak pada semua manusia. Ianya menjadi satu tugas daripada Allah taala kepada hambaNya. Bebanan ini menjadi tanggungjawab sepanjang kehidupan kita bermula kita baligh sehingga Allah taala menarik kembali tanggungjawab tersebut. Pengtaklifan yang dianugerahkan ini adalah untuk menguji hambaNya,sejauh mana hambaNya beriman dan kepercayaan terhadapNya. Kerana kadang-kadang manusia mengaku beriman sedangkan mereka masih belum diuji oleh Allah taala.
Apabila kita menyebut tanggungjawab,ianya adalah amanah daripada Allah taala,pelbagai amanah yang akan dipikul oleh manusia ketika mana hidup di dunia Allah taala ini. Amanah akan wujud di merata tempat,tidak kira sama ada diperingkat sekolah,keluarga,masyarakat kampung,negeri atau pun negara. Setiap amanah ini akan menjadi persoalan di sisi Allah taala,kerana manusia tidak dapat lari dari memikul sebarang amanah dari Allah taala.
Pemimpin diperingkat organisasi sekolah atau universiti,amat diperlukan kerana ianya berfungsi melatih para pelajar mengenal dunia kepimpinan dan belajar memimpin sekelompok masyarakat yang memerlukan kepada pendorong dan pertolongan daripada seorang pemimpinnya. Organisasi diperingkat sekolah atau universiti mengajar kita erti kehidupan sebenar di dunia ini.
Banyak cabaran dan dugaan yang sedang menanti kita. Di dalam organisasi inilah memberi tunjuk ajar kepada kita macam mana cara untuk menangani sesuatu masalah yang ditimpa,disamping itu juga ianya akan lebih mematangkan kita,kerana masalah yang kita hadapi mengajar kita sifat bersabar dan membuat kita mampu untuk menangani masalah dengan genius.
Apabila terlibat dengan mana-mana persatuan,kita tidak akan terlepas daripada menghadapi sebarang kemungkinan masalah. Masalah yang dihadapi datang daripada pelbagai sudut,sama ada datang daripada diri sendiri mahu pun daripada masyarakat bawahan kita.Ini adalah ujian dan dugaan yang tidak dapat tidak mesti dihadapi oleh seorang yang bergelar pemimpin.
Tugas menjadi pimpinan ini adalah pengtaklifan daripada Allah taala. Allah taala telah menentukannya,walaupun kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa tugas ini akan kita pikul,akan tetapi ianya sudah ditetapkan di "Maqadir".Sesungguhnya Allah taala tidak akan mengtaklifkan kepada mereka yang tidak mampu untuk memikul amanah ini,bahkan Allah taala akan mengtaklifkan kepada mereka yang mampu dan layak untuk memikulnya.
Di dalam urusan melantik pemegang jawatan-jawatan sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan adalah sabit dari beberapa buah hadis:-
Daripada Abu Zarr katanya : "Suatu hari saya berkata kepada Rasulullah : tidakkah junjungan bercadang melantik saya?"Jawabnya sambil meletakkan tangannya ke atas bahuku : Wahai Abu Zarr,sebenarnya engkau seorang yang lemah,sedangkan jawatan itu suatu amanah. Di hari kiamat dia akan membawa malu dan penyesalan kecuali orang yang mempunyai kemampuan dan menyempurnakan tanggungjawab dengan sempurna." (Muslim)
Kemampuan ilmiah dan amaliah bukannya terletak pada semua manusia,bahkan ianya terletak pada sesetengah manusia yang dipilih oleh Allah taala. Mereka yang mempunyai iman yang kuat,baik akhlaknya dan mulia akan tetapi tidak mempunyai kelayakan untuk memegang jawatan-jawatan dan menjalani tugas dengan sempurna.
Sebagaimana yang berlaku ke atas nabi Yusuf a.s,baginda menawarkan diri bagi menguruskan hal ehwal kewangan negara Mesir,bukannya di atas sebab kenabian dan ketakwaan baginda bahkan di atas kemampuan baginda mengawal dan menguruskan hal ehwal kewangan.
Firman Allah taala yang menceritakan kata-kata nabi Yusuf kepada raja Mesir yang bermaksud :-
"Lantiklah saya mentadbir khazanah negara kerana saya boleh mengawal dan mempunyai pengetahuan" (Surah Yusuf : ayat 55)
Jelas kepada kita bahawa tugas memimpin masyarakat umumnya telah terletak pada semua manusia. Ada di kalangan mereka yang Allah taala mengtaklifkan menjaga keluarga sahaja dan pelbagai lagi amanah lain. Akan tetapi tugas menjaga keluarga,seperti kelazimannya terletak pada kaum lelaki. Kerana kaum lelaki yang mendirikan rumah tangga tidak dapat tidak akan menerima tanggungjawab daripada Allah taala.
Tanggungjawab terhadap isteri,tanggungjawab terhadap anak-anak dan seluruhnya. Sesuatu yang berlaku ke atas keluarga,kaum lelakilah yang akan dipersoalkan oleh Allah taala pada hari kiamat kelak. Apa yang kita lihat ini adalah tanggungjawab diperingkat keluarga,dan kepada mereka yang mempunyai tanggungjawab dan amanah diperingkat yang lebih tinggi bagaimana pula?
Mereka ini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Setelah diuji dengan memikul tanggungjawab berkeluarga,mereka juga diuji dengan memikul tanggungjawab untuk masyarakat sama ada kampung,negeri dan negara. Sebab itu,pengtaklifan daripada Allah taala hanyalah kepada mereka yang mampu sahaja dalam menguruskan tugas-tugas pemegang jawatan-jawatan.
Amanah berkehendakkan kepada sebaik-baik dan selayak-layak calon untuk memegang sesuatu jawatan. Seandainya kita mengetepikan syarat-syarat ini,kerana pilih kasih dan kerana hubungan kaum kerabat,nescaya kita melakukan perbuatan yang tercela. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-
"Barang siapa melantik seorang untuk mengetuai suatu kumpulan sedangkan ada seorang lain yang lebih berhak dan layak daripada nya di sisi Allah taala(mempunyai sifat-sifat yang diredhai Allah)sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin seluruhnya."
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud :-
"Barang siapa yang memegang satu-satu kuasa atau urusan orang Islam kemudian ia melantik seorang ketua ke atas mereka berdasarkan pilih kasih maka balasannya ialah laknat Allah,tidak diterima sebarang galang ganti baginya sehingga dimasukkan dia ke dalam neraka jahanam."
Sesungguhnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai seorang pemimpin kelompok masyarakat yang besar telah ditugaskan kepada mereka yang mampu dan layak di sisi Allah taala sahaja. Ianya sudah menjadi ketentuan daripada Allah taala. Barang siapa yang ditaklifkan dengan tugas ini,maka secara langsung mereka mempunyai tugas yang amat besar dan setiap tugas mereka itu akan menjadi persoalan kepada Allah taala.
Namun begitu,kita jangan lupa bahawa pemimpin memang diperlukan,kerana pemimpin adalah penunjuk dan pembawa masyarakat bawahannya. Sekira mana masyarakat bawahannya berada di jalan yang salah maka pemimpinlah yang akan membantu mereka. Maka ganjaran yang amat besar di sisi Allah taala jikalau pemimpin amanah dengan tugasnya dan ikhlas kerana Allah taala.
Ingatlah bahawa sifat amanah kepada seseorang amat penting,setiap amanah dan tanggungjawab yang kita pikul hendaklah dijaga dengan baik dan jangan menyerahkan amanah yang dipikulkan kepada kita,kepada mereka yang bukan selayaknya untuk memikul amanah tersebut. Kerana sunnah Rasulullah s.a.w memperingatkan kepada kita bahawa yang demikian adalah menjadi tanda-tanda kerosakan yang akan timbul di akhir zaman.
Pada suatu hari datang seorang lelaki bertanyakan Rasulullah s.a.w :-
"Bilakah akan berlaku kiamat?"Jawab Rasulullah : "Apabila sifat amanah telah hilang maka tunggulah kiamat." ujar orang itu :"Bagaimana cara ia dihilangkan?" Jawab Nabi : "Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak) maka tunggulah kiamat."
Maka setiap amanah yang ditaklifkan,laksanakanlah ianya dengan baik. Lakukan dengan sedaya upaya,sekadar kemampuan yang dianugerahkan oleh Ilahi kepada kita. Setiap mereka yang bergelar pimpinan pasti akan ada manah dan ujian. Hadapilah ujian dengan ketenangan dan ketabahan yang dimiliki. Dan Allah taala adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu,kepadaNya kita berserah dan kepadaNya kita memohon pertolongan.
Firman Allah taala yang bermaksud :-
"Supaya Allah taala menyeksa orang-orang munafik lelaki dan perempuan,orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan Allah taala menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Allah taala adalah maha pengampun dan maha penyayang"
Sekian.
sumber: acuan madrasah rasul
Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.
Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".
"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.
Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)
P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"
sumber: iLuvislam
1.Aku heran melihat orang yang sudah tau bahawa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sedar
2.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa tetapi masih tetap mencintainya
3.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu
4.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta
5.Aku heran melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa
6 Aku heran melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya
7.Aku heran melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya
(Ustman Ibn Affan)
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-d! alam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ! ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar m! enanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Ra! sulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," ka! ta Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
sumber: Mesra.net
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
sumber: Dakwah Nabawiyyah
PENGENALANRasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59). Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.
Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:
BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).
MENTAATI RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).
MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
PENUTUP
Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun."I love Rasulullah S.A.W."Wallahualam.
sumber: iLuvislam
Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.
Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?
Kejayaan awal
Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.
Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.
Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.
Setkan bahawa:
Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.
Persiapan awal: Kajian
Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.
Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.
Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.
Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.
Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.
Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.
No perfume, please!
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.
Dapatkan gambaran isu semasa
Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Harian Metro.
Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.
Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Time, The Star , dan sebagainya.tusan
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.
Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu ‘check-list‘ ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.
Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.
Akhir kata, selamat menghadiri temuduga. Semoga berjaya!
Salam.. Ini merupakan kali pertama ana menulis sendiri.. Maksud ana, ana tidak mengutip artikel dari mana sumber.. Sebelum ini, ana cuma memberi maklum balas tentang haramnya perbuatan couple itu. Tapi ana lupa, Cinta itu suci disisi ALLAH dengan ikatan suci dan dengan sahnya ijab dan kabul lah(ana baru study chapter tu..huhu..)..
Di sini ana ada beberapa suggestion buat sesiapa yang tengah teringin nak couple, ikutlah cara yang dibenarkan Islam. Islam dah bagi kat kita banyak kemudahan.. Daripada bab solat, puasa, zakat, haji, dan macam-macam la sampai tak tertaip ana kat ruangan ni.
Baru-baru ni, ana dapat something dari member ana. Ana kurang pasti dari mana sahabat ana ni dapat. Tapi yang ana sure, boleh dibuat untuk dijadikan renungan dan panduan bersama.
Sahabat ana berikan kepada ana beberapa ciri Islamic couple:
1. Cinta kerana Allah( Lillahi Ta'ala, tapi jangan hanya dimulut saja, hati dan tindakan kena seiring).
2. Jaga batas-batas pergaulan.
3. Dapat restu ibu dan bapa.
4. Buat solat istikharah, untuk tentukan samada budak yang kita admire tu jodoh kita atau pun tidak.
Sama-samalah kita jadikan ia sebagai panduan.
Semoga kita dapat melewati singgah sana kasih Allah. Insya-Allah.. Salam.. []=)-
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan cinta(mawaddah) dan belas kasihan(rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)
Pergi ke mana sahaja forum atau ceramah yang berkisarkan dengan cinta,tidak kisahlah cinta manusia ataupun cinta monyet, penceramah pasti menggunakan ayat di atas bagi mengupas isu cinta kerana pada ayat ini Allah secara berterus-terang menyatakan manusia diciptakan untuk saling mencintai malah ayat ini menekankan bahawa perasaan cinta itu harus ada untuk dua jantina yang berbeza, lelaki dan perempuan, suami dan isteri.Maka,tidak hairanlah jika ayat ini dipilih oleh penceramah untuk menerangkan tentang cinta. Ayat yang sama saya dengari pada khutbah minggu lepas yang berkisarkan tentang perkahwinan. Khatib menjelaskan bahawa masalah atau kanser yang berlaku dalam masyarakat kita berpunca daripada institusi keluarga dan masalah dalam institusi keluarga ini bermula di saat perkahwinan lagi.
Berapa ramai yang hidup mewah tapi tidak bahagia kerana isteri dan berapa ramai yang hidup bahagia tetapi tidak mewah,juga kerana isteri. Isteri mesti memainkan peranan dalam menjaga kebahagian rumah tangga dan begitu juga suami.Dan masalah pada hari ini juga berlaku dek kerana ibu bapa menyekat anak-anak daripada berkahwin awal,atas alasan mereka belum bersedia dan tidak mampu menanggung anak orang.Jadi,mereka yang dikatakan tidak bersedia itu tanpa segan silu mencari pasangan yang juga kurang bersedia untuk melepaskan nafsu mereka. Ana terus angguk dan mengangguk,bersetuju dengan apa yang dibicarakan oleh khatib. Tiba-tiba,apabila khatib membaca ayat di atas dan menekankan perkataan mawaddah dan rahmah itu,ana tersentak dan tersedar akan satu kebesaran Allah dalam penciptaan manusia. Seperti ana selalu tulis,ayat quran tidak diturunkan secara rawak.Jika Allah sebut baik dulu baru sempurna,maka ada sebabnya. Jika Allah sebut perempuan dahulu baru lelaki,juga ada sebabnya.Allah tidak pernah mengeluarkan apa-apa fakta yang tidak mengikut susunan.Allah susun ayat Nya satu demi satu,dari setitis air mani,Allah susun kepada embrio,fetus dan manusia.Lihatlah betapa agungnya Al-Quran dan hal ini menjelaskan kepada kita bahawa bukan Muhammad yang menulis semua ini.Namun, jangan sesekali kita menafikan kebijaksanaan dan mukjizat Rasulullah.
Persoalannya di sini,mengapa Allah sebut cinta dahulu baru kasih sayang?Kenapa Mawaddah dahulu baru Rahmah? Jika ikut kepada akal yang waras,mestilah berkasih sayang dahulu barulah cinta itu lahir tapi mengapa Allah sebut cinta dahulu barulah berkasih sayang?Pelik tapi ada logiknya. Semua ini sebenarnya menepati fitrah kehidupan manusia.Kitaran hidup manusia bermula daripada bayi kepada kanak-kanak kepada remaja kepada dewasa kepada orang tua.Dan kebiasaan manusia berkahwin pada umur 15(baligh)-40(sebelum monopause) iaitu ketika kitaran remaja dan dewasa.Memang ada kanak-kanak yang kahwin seperti Saidatina Aishah dan memang benar ada juga orang tua yang kahwin tetapi bilangan golongan sebegini tersangatlah sedikit.Maka,boleh diabaikan.
Kenapa manusia berkahwin waktu remaja dan dewasa? Kerana waktu itulah perasaan cinta sesama manusia tersangatlah kuat. Kenapa anda bercinta? Sebab matanya yang cantik macam Heliza. Sebab suaranya merdu macam Siti Nurhaliza. Sebab wajahnya lawa seperti Lisa Surihani. Sebab kebijaksanaannya seperti Sofea Yusof. Sebab perangainya baik seperti Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta. Jadi,bilakah semua sebab-sebab ini tertonjol dalam kitaran hidup manusia? Waktu kanak-kanak mereka? Waktu tua mereka? TIDAK,tetapi dalam waktu remaja dan dewasa.
Sebab Allah sebut cinta dahulu kerana Allah menyuruh kita betul-betul bercinta dengan pasangan kita pada waktu remaja dan dewasa supaya lahirnya perasan kasih dan sayang di dalam diri masing-masing kerana ketika waktu tua,semua sebab-sebab kita mencintainya sudahpun hilang,pudar dek usia yang memakannya. Dia yang mukanya lawa sudahpun berkedut… Dia yang suaranya merdu sudahpun sumbang… Dia yang perangainya baik sudahpun terlantar tidak mampu berkata apa-apa lagi.. Waktu inilah hasil cinta di waktu remaja dan dewasa tadi perlu digunakan.Jika tiada cinta,perasaan kasih dan sayang sukar diwujudkan.
Benar,perasaan kasih mungkin ada,kasihan melihat dia yang tiada tempat pergantungan, kasihan melihat dia yang terbaring tidak bergerak,kasihan melihat dia yang terberak di dalam seluar tetapi sejauh mana kasihan ini akan pergi jika tiada sayang? Mulut hanya mampu berkata kasihan tetapi tiada sebarang tindakan akan diambil kerana tiada sayang. Kenapa tiada sayang? Kerana tiada cinta.
“Allahuakbar,Allahuakbar…”Bilal melaungkan iqamah,menyedarkan ana dari lamunan panjang.
sumber: iLuvislam
Salam. Di kesempatan ini, DY ingin berkongsi bersama pembaca tentang fenomena yang melanda umat Islam di setiap sekolah. Iaitu budaya BARAT yang mengikis ciri-ciri keislaman dan ketimuran. Kita boleh melihat, anak muda zaman sekarang seringkali berbangga dengan budaya atau ideologi yang dibawa oleh barat. Memang tidak dinafikan, ideologi yang dibawa oleh mereka adalah ideologi yang munasabah. Tetapi, bukan keseluruhannya. Hal ini kerana, falsafah yang cuba diterapkan oleh pihak Barat adalah bertanya apabila tidak mengetahui tetapi dalam masa yang sama, mereka berpegang teguh kepada ideologi SEEING IS BELIEVING. Ideologi ini mendesak bukti yang kukuh tentang sesuatu perkara yang kurang jelas walaupun perkara yang tidak boleh dijelaskan dengan sains.
DY ingin mengatakan bahawa falsafah yang dibawa oleh golongan barat itu tidak boleh diaplikasikan sepenuhnya oleh seluruh umat Islam terutamanya golongan pelajar sepeti kita. Sebagai contoh, anda semua pasti mengenali golongan intelek yang bergelar doktor. Mereka adalah golongan yang selalu dijumpai sekiranya seseorang itu jatuh sakit. Tetapi, cuba anda bayangkan, mengapakah mereka ini yang secara saintifiknya adalah sihat dan kebarangkalian untuk diserang penyakit itu adalah rendah, amat rendah tetapi mengapakah terdapat banyak doktor di sekitar dunia ini yang mati akibat diserang penyakit?? Tidak kurang pula jumlah mereka yang menemui maut dengan cara lain.
DY menulis artikel ini dengan perasaan prihatin terhadap mangsa penindasan ideologi yang ada di SMK Tun Hussein Onn. Apa yang dapat DY perhatikan ialah mereka telah dijajah dengan corak pemikiran yang mengagungkan tamadun Barat yang menciplak idea-idea umat Islam semasa berlakunya pertembungan tamadun suatu masa dahulu. Contohnya, budaya couple yang semakin berleluasa adalah antara salah satu daripada ideologi yang teruk tetapi mendapat sambutan. Memang tidak dinafikan, CINTA itu tidak dapat ditolak bagi sesiapa yang bergelar manusia. Tetapi, sebagai manusia yang mempunyai akal dan pemikiran yang waras. Tidak perlulah menonjolkan cinta dengan "berdating" di dalam kelas sedangkan bilik darjah adalah tempat untuk menuntut ilmu. BUKAN UNTUK BERMAKSIAT!!!!!!!
HARAP DIFIKIR-FIKIRKAN>>>>> Salam Ilmiah!!!!
Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan...yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal.
Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..sabda nabi s.a.w :
(hr Bukhari )
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah ( hr muslim )
Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan( keimanan ) ...Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:
Perlu jga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan...nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat...sabda nabi s.a.w :
( hr bukhari )
Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bg penyakit yg belum ditemui laggi.
Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesehatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba...
Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini( perubatan ) berdasarkan sabda nabi :
( hr Ahmad dan muslim )
sumber: iLuvislam
ASSALAMUALAIKUM……wbt
Wahai sahabat Muslimat Sekalian, Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini….Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kamu adalah sayap kiri pada kami(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang kami berikan tak diambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……
Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….
Hawa… .
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa… .kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu… .dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini… .
Hawa… .
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa… sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan… .
Hawa… .
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa… cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah… Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini… kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita… Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah… kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi… langkahmu kian pantas… .apa sebenarnya yang engkau kejari?… ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain… Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini… Sedarkah kau Hawa… .. ? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!!
Hawa… .
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai… ..Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini… .
Hawa… .
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan… .Aku tidak mahu Hawa… suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya… seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan … aduh!! banyaknya seksaan menantimu!… Mengapa begitu Hawa Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja??
Hawa…
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri… .Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian… tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu… !!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!
Hawa… .
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu… Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu… ..
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya… ”
Hawa… .
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu… Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan… .Akhir kata ,ketahuilah… … … … .
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”
Sekian… … ..
Wassalamm… … … … … … … … .
Diterima dari seorang kawan untuk renungan…cerita menarik tetapi tidak pernah
didengar sebelum ini..harap sesiapa yang tau@mahir tentang kisah nabi boleh
sahkan sama ada ini kisah benar atau tidak..
Izinkan Aku Berzina
Pergaulan generasi muda sekarang ini sangat membimbangkan. Bagaimana tidak, cuba
kita lihat di jalan-jalan, di pusat-pusat membeli belah dan di berbagai tempat
selalu kita temui pasangan generasi muda kita yang berjalan dengan mesra sambil
berpegangan tangan, berpelukan, bahkan ada yang berani berciuman ditempat umum.
Terkadang hati kita merasa kasihan terhadap mereka, namun apa yang mampu kita
lakukan sedangkan mereka sendiri tidak mahu mengasihani diri mereka sendiri dan
tentunya sebagai ibubapa kita akan menanggung rasa malu kerana perilaku si anak.
Namun tak dapat dinafikan ada juga di kalangan orang tua yang merasa bangga
melihat anaknya berbuat seperti ini. Mereka bangga melihat anak mereka berjalan
dengan pasangannya sambil berpelukan atau bergandingan padahal perbuatan
tersebut sudah tentu mengundang murka Allah SWT.
Allah SWT telah memerintahkan kepada kita semua di dalam Al Quran supaya tidak
mendekati zina. Jangankan melakukan zina, mendekatinya juga dilarang. Kalau
menurut saya, berkasih itu termasuk ke dalam hal-hal yang mendekati zina.
Mengapa saya katakan demikian, seperti yang sudah saya tuliskan di atas, kita
semua tentu sering melihat banyak sekali generasi muda yang berjalan dengan
orang yang tidak halal baginya.
Mengapa perkara ini terjadi? Mungkinkah pemahaman agama yang tidak diajarkan
sejak kecil kepada si anak, sehingga mereka kalah dengan kemajuan zaman?
Mungkin.
Sekarang timbul persoalan, mengapa mereka berani melawan Allah SWT? Padahal
Allah SWT sudah melarang kita untuk melakukan zina, tentunya larangan tersebut
mempunyai manfaat bagi kita.
Pernah suatu ketika pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup, ada seorang pemuda
yang mendatangi baginda. Pemuda tersebut meminta izin kepada Nabi Muhammad SAW
agar diberikan izin untuk melakukan perzinaan. “Wahai Rasulullah bolehkah aku
melakukan zina”?
Maka Rasulullah SAW pun berkata kepada si pemuda,
“Wahai engkau pemuda, aku ingin bertanya terlebih dahulu kepadamu, jika ada
seseorang datang kepada mu kemudian ia bicara kepadamu “bolehkah aku menzinai
ibumu?”
Si pemuda itu pun lantas menjawab dengan lantang TIDAK.
Rasulullah Muhammad SAW kemudian berkata lagi kepada si pemuda,
“jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu “bolehkah aku
menzinai saudara perempuanmu?
Pemuda tersebut dengan geram dan emosi menjawab `tidak’.
Rasulullah meneruskan pembicaraannya kepada si pemuda tadi,
“jika datang seorang laki-laki kepadamu dan bertanya kepadamu bolehkah aku
menzinai anak perempuanmu?
Si pemuda tadi terdiam dan kemudian ia menangis sujud di hadapan Rasulullah.
Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada si pemuda,
“setelah engkau mendengarkan ceritaku tadi apakah aku akan mengizinkanmu untuk
melakukan zina?
Si pemuda tadi terkulai, menangis, dan berkata maafkan aku ya Rasulullah.
Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu berdiri,
“Mohonlah ampun kepada Allah SWT dan jangan pernah terlintas lagi dalam
fikiranmu apalagi sampai melakukan perbuatan zina. Sesungguhnya telah
disampaikan kepada kita melalui Al Quran bahawa kita harus menjauhi zina kerana
kesemuanya itu akan membuat kita jauh dari Rahmat Allah SWT.