skip to main | skip to sidebar
SAF ZAHIRUL HAQ
RSS
  • Home
  • Fan @ Facebook
  • SMK Tun Hussein Onn

MENGAPA COUPLE???????

2 comments

COUPLE, kenapa umat ISLAM tergila-gila dengannya???????????

Assalamualaikum. Rasanya kita sudah selalu mendengar istilah couple yang mana memang menjadi bahan popular dalam kalangan kita. Persoalan yang ingin Pak Dy rungkai di sini ialah, apakah fakor ORANG SERONOK BERCOUPLE???

Artikel ini mungkin mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan pembaca tetapi, saya perlu memperingati di sini bahawa, COUPLE BOLEH MEMBAWA KEMUSNAHAN…. Jika kita lihat di dalam AL-QURAN, surah al-Isra’ ayat 32, ALLAH berfirman yang membawa maksud,

“ dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”

Apabila kita fahami dengan sebenar-benarnya akan ayat ini, kita akan mendapati, ALLAH S.W.T melarang kita untuk menghampiri zina, sekaligus, mengelakkan dari melakukannya. Akan tetapi, jika kita lihat pada hari ini, ramai anak-anak muda yang beragama ISLAM, terjebak dalam gejala Couple. Hal ini terjadi dek kerana kerakusan nafsu manusia yang mengajak diri kita untuk mencari seorang wanita atau lelaki sebagai tempat memadu kasih, menceritakan masalah, atau lebih tepat lagi TEMPAT BERMANJA. Soal tempat mengadu ini tidak timbul sekiranya kita menyayangi ALLAH dan RASULULLAH S.A.W lebih daripada segala-galanya. Firman ALLAH S.W.T dalam surah ali imran, ayat 31 yang bermaksud :

“katakanlah (Muhammad), “jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, niscaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” ALLAH MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG”

Tidak cukupkah lagi dengan ayat ini yang menggambarkan bahawa kita perlu cintai ALLAH dengan mengikuti apa yang Nabi Muhammad S.A.W lakukan lebih daripada sesiapa sahaja di muka bumi ini termasuklah BABY BOY, BABY GIRL, SAYANG, UCUK, atau apa-apa jenis panggilan yang MENGGELIKAN itu. Sedarlah bahawa, couple ini tidak membawa sebarang kebaikan terhadap diri kita. Terdapat pandangan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa “SAYA COUPLE UNTUK MERUBAH SESEORANG”. Pandangan ini ternyata SALAH, kerana, sepatutnya sahabat yang melontarkan keprihatinan untuk merubah orang lain itu, perlu untuk berdoa agar ALLAH merubah hati seseorang itu untuk menuju ke jalan ALLAH dan semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah kepadanya. Macam mana hendak berdoa untuk si dia itu, jika diri sendiri pun TIDAK SOLAT?????

Pandangan yang dikemukan itu, jika kita teliti, seperti kita mengikut kehendak nafsu orang yang kita hendak ubah itu. Cuba bayangkan jika rumah yang TERBAKAR, DISIMBAH DENGAN MINYAK TANAH???? Sememangnya perkara yang bodoh untuk difikirkan dan dilaksanakan, tetapi mengapa kita, seorang yang WARAS, melakukan perkara seperti itu dengan terjebak dalam gejala COUPLE???

Couple juga boleh membuat kita lupa kepada ALLAH, dalam masa yang sama, kita akan leka berSMS, CALLING, VIDEO CALL atau mungkin sehingga BERBALAS-BALAS GAMBAR antara satu sama lain.

Sedarlah pembaca sekalian, couple bukanlah satu jalan yang baik untuk kita luahkan rasa cinta kepada orang lain. Di dalam Islam, jika betul cinta sudah tertaut, kasih sudah terikat, tak payah bagi lambat-lambat, PERGILAH MERISIK, MEMINANG, dan menikah CEPAT-CEPAT. Hal ini lebih ALLAH REDHAI kerana NABI MUHAMMAD S.A.W pun tidak pernah couple, tidak pernah bercinta melainkan kepada ALLAH S.W.T tetapi Nabi BERISTERI.

Akhir kalam, renungilah sepotong hadis yang ringkas ini…

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda :

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan melakukan penipuan (perbuatan jahil dan maksiat),maka Allah tidak lagi menerima untuk ia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa)”

Hadis ini sahih riwayat Al-Bukhari.

Kesimpulannya, gejala couple ini memang menghampirkan diri kepada zina, couple mendorong orang berdua-duaan, mendorong meninggalkan suruhan ALLAH dan melalaikan diri serta meruntuhkan iman. BERUSAHALAH kita MEMERANGI COUPLE sama ada dalam diri sendiri atau dalam komuniti masyarakat.YANG BAIK ITU DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T, YANG SALAH DAN YANG KURANG ADALAH DARIPADA KESILAPAN SAYA SENDIRI. Sebarang komen, jangan segan emailkan kepada rzdy208@yahoo.com atau muatkan dalam shout box yang tertera. Sekian, wassalam….


3:39:00 PM



MOTIVASI MAULIDUR RASUL

Dy 0 comments

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH s.w.t kerana kita diizinkan hidup sehari lagi dan pada hari ini iaitu 12 Rabiulawal 1432h, kita bersama-sama dapat berselawat dan mengingati junjungan kita iaitu Rasulullah s.a.w. Tetapi, persoalannya sekarang ini, adakah hanya pada hari ini sahaja kita perlu mengingati Rasulullah??? Apakah perkara yang terbaik perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecintaan kita kepada kekasih ALLAH ini???

Belakangan ini, Pak Dy terlihat akan sikap manusia yang sangat kuat ibadatnya, mungkin mantap akidahnya tetapi, BERMASALAH AKHLAKNYA… Apabila Pak Dy meniliti sedikit rujukan, didapati bahawa akhlak Rasulullah sangat CEMERLANG…

Hal ini berdasarkan satu hadis riwayat AHMAD :

“daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”

Apabila kita memandang kepada akhlak umat Nabi s.a.w sekarang, kesedihan akan dirasai secara mendalam. Mana tidaknya, dengan akhlak buruk yang ditonjolkan oleh ORANG MUDA dan sikap kasar yang ditonjolkan oleh ORANG TUA sememangnya tidak menunjukkan bahawa umat Islam ini bersifat lemah lembut.

Orang muda terkenal dengan sifat suka mencarutnya, manakala orang tua terkenal dengan suara kasarnya yang kadangkala menyebabkan belia-belia dan sahabat-sahabat kita daripada orang Islam atau bukan Islam merasakan bahawa Islam ini KASAR. Justeru, melalui sifat seperti ini DAKWAH islam akan menemui KEGAGALAN. Sedarlah wahai saudara-saudara Islamku sekalian, sebenarnya sifat ini tidak digalakkan dalam islam,,, mahukan dalil??? Ini dia dalil yang cukup mudah dan ringkas…

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda “Tidak dicabut sifat berbelas kasihan melainkan daripada orang yang jahat.” Hadis ini sahih riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.

Memang tidak dinafikan bahawa bukan semua orang Islam berakhlak buruk tetapi, jika sebahagian BESAR bersifat sedemikian, maka seluruh umat islam akan dilabel sebagai zalim, kejam, pengganas, kasar dan mungkin pelbagai comahan yang lebih buruk yang bakal kita dengar dari musuh-musuh Islam. Jika kita sebagai umat Islam mengaku bahawa kita adalah Umat NABI MUHAMMAD S.A.W, mengapa tidak kita amalkan akhlak Rasulullah s.a.w yang dikatakan sebagai AL-QURAN oleh SITI AISYAH? Tidak guna jika kita sekadar BERARAK, BERSELAWAT, BERMARHABAN SEHINGGA HILANG SUARA dan membuat sambutan MAULIDUR RASUL tetapi, amalan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w tidak kita amalkan. Cara yang terbaik untuk mengingati Rasulullah s.a.w sepanjang masa adalah dengan mengamalkan semua suruhan ALLAH dan Rasulullah serta menguatkan lagi usaha dakwah…

Dalam soal dakwah itu sendiri, dakwah yang terbaik adalah dengan menunjukkan AKHLAK CEMERLANG. Kita sering mendengar rungutan daripada pendakwah-pendakwah yang menghadapi kegagalan. Mereka mengatakan bahawa orang yang mereka ingin dakwah itu, memberi reaksi negatif.

Antara reaksi negatif yang popular ialah “kalau U nak tegur I, cermin diri U dulu”.

Seolah-olah pendakwah sekarang ini DUA KALI LIMA dengan orang yang ingin kita dakwah tersebut. Sebagai penutup kepada artikel pendek daripada insan kerdil ini, saya ingin menyeru diri saya dan seluruh umat Islam yang membaca artikel di sini, marilah kita mempertingkat SELAWAT kita kepada Rasulullah s.a.w dan cuba sedaya upaya menuntut ilmu tentang sunnah nabi serta mengamalkan dan menyebarkannya…

Hayatilah sepotong hadis ini sebagai penutup,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : “orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

(“Allah berselawat” bermaksud rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t.)

Hadis-hadis yang dimuatkan dalam artikel ini dipilih daripada buku 300 HADIS BIMBINGAN oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam. Semoga Allah memberkati usaha mereka…

Akhir kalam, YANG HAK TETAP HAK, YANG BATIL TETAP YANG BATIL. Yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, apa yang salah dan silap itu adalah kesilapan Pak Dy dalam menyiapkan artikel ini. Sebarang komen boleh dimuatkan ke SHOUT BOX atau boleh dikomen terus ke rzdy208@yahoo.com. Sekian, wassalam…


10:11:00 AM



SIKAP

2 comments

Salam. Bertemu lagi pada penulisan kali ini. Pak Dy akan berbicara mengenai suatu perkara yang penting dalam Islam walaupun banyak yang menganggap bahawa isu ini merupakan isu remeh. SIKAP. Apa yang kita faham mengenai sikap? Secara rawaknya, sikap bermaksud sesuatu identiti yang melambangkan ciri-ciri atau keperibadian seseorang. Bagaimana pula dengan sikap umat islam pada hari ini??? Adakah cemerlang? Apakah sudah CUKUP BAGUS??? Pada pendapat penulis, kita belum cukup bagus tetapi masih banyak kelemahan yang perlu kita baiki bagi menjadi umat yang cemerlang.

Dahulunya, umat Islam dilihat sebagai THE MOVING AL-QURAN. Tetapi, pandangan tersebut dianggap usang pada masa kini kerana jika dilihat dan disoal pada diri sendiri, apakah kelebihan Islam pada masa kini??? Mungkin pembaca akan merasa ragu dan marah jika Pak Dy menyatakan bahawa Islam sekarang jika dibandingkan dengan Islam dahulunya, adalah jauh panggang dari api. Hal ini kerana, lihat sahaja umat kita sekarang ini, yang dilanda CINTA PADA DUNIA. Mana tidaknya, budaya couple, rempit dan pelbagai budaya barat, hidup melata dalam komuniti kita. Malangnya, umat islam seperti hilang acuan sendiri dan terus menerus mengikuti telunjuk BARAT. Jika berbicara mengenai cinta, VALENTINES DAY diagung-agungkan. Kononnya untuk melambangkan cinta SUCI kepada kekasih. Pada hakikatnya, HARAM BAGI UMAT ISLAM MENYAMBUT VALENTINES DAY!

Untuk mengatasi masalah sikap umat Islam yang semakin lama semakin teruk ini, AL-QURAN telah menyediakan formula yang baik dan sangat KRITIKAL untuk kita ikuti. Dalam surah ALI IMRAN ayat 110, ALLAH berfirman yang bermaksud :

“ Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik”

Daripada dalil ini sendiri, ALLAH S.W.T. telah mendedahkan rahsia kecemerlangan umat kepada kita iaitu :

  1. menyuruh berbuat makruf
  2. mencegah kemungkaran
  3. beriman kepada ALLAH

Jadi, kepada semua umat Islam diluar sana, marilah kita MEMPERBAIKI SIKAP KITA dan bangkit lantas mengamalkan semua suruhan ALLAH dan bertitik tolak daripada ayat ini, marilah kita giatkan lagi usaha dakwah terhadap orang Islam dan orang bukan Islam. Sebagai penutup artikel kali ini, Pak Dy ingin mengemukan satu kata-kata yang dilontarkan oleh seorang bekas artis BARAT yang telah memeluk Islam iaitu CAT STEVEN atau nama Islamnya, YUSUF ISLAM. Beliau berkata,

“aku melihat tamadun BARAT itu sebagai KAPAL YANG SEDANG KARAM, tetapi malangnya, UMAT ISLAM berbondong-bondong TERJUN bersama-sama kapal yang sedang karam itu”

Moga-moga kita bertemu lagi dalam artikel yang lain. Akhir kalam, YANG HAK ITU TETAP HAK, YANG BATIL ITU TETAP YANG BATIL. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan serta teguran yang ingin dikongsi, sila lontarkan di shout box di bawah atau boleh diemailkan terus kepada saya di rzdy208@yahoo.com. Wassalam…


3:55:00 PM



Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SHOUTS !


ShoutMix chat widget

    Carian

    Tepati Waktu Solat

    Blog Archive

    • ►  2013 (1)
      • ►  January (1)
    • ►  2012 (3)
      • ►  June (1)
      • ►  March (2)
    • ▼  2011 (12)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (3)
      • ▼  February (3)
        • MENGAPA COUPLE???????
        • MOTIVASI MAULIDUR RASUL
        • SIKAP
      • ►  January (2)
    • ►  2010 (46)
      • ►  December (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  April (2)
      • ►  March (13)
      • ►  February (20)
      • ►  January (6)

    Laman - Laman Saudara Semuslim

    • Berfikir Sejenak ( Dzul - Author )
    • HALUAN Malaysia
    • I Luv Islam
    • Ibn Rajab Online
    • Institut Kefaham Islam Malaysia ( IKIM )
    • Islamic Propagation Society International ( IPSI )
    • IslamOnline.net
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
    • Kuliyah.net
    • Nasyid FM
    • Oh ! Islam
    • Pencari Cinta Ilahi
    • Qhazanah
    • Reading Islam
    • SATU UMAT
    • Tanyalah Ustaz
    • Untuk Sesama Insan

    Free Counter

Copyright © All Rights Reserved. SAF ZAHIRUL HAQ | Converted into Blogger Templates by Theme Craft