skip to main | skip to sidebar
SAF ZAHIRUL HAQ
RSS
  • Home
  • Fan @ Facebook
  • SMK Tun Hussein Onn

AURAT WANITA

Dy 0 comments

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !)

1. Baca ini dan fahami ini dahulu.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

2. Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimanakah pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas ??

Sudah tentu ramai bukan ?? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

..................................................................................................................

Golongan wanita Melayu Islam yang tidak risau, tidak takut dan tidak malu untuk tidak bertudung, memakai pakaian jarang, sendat dan ketat mempunyai beberapa alasan yang BENGONG untuk membolehkan cara berpakaian mereka diterima akal:

1. Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
2. Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang. Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
3. Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
4. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu subjektif..
5. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
6. Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
7. Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
8. Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..
9. Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
10. Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..
11. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu..


Apa macam ? BENGONG tak alasan-alasan wanita sebegini ?

......................................................................................................................
wanitamelayuseksa.blogspot.com


2:21:00 PM



KHURAFAT MODEN, APA KAITANNYA DENGAN TEKNOLOGI????

0 comments

Baru-baru ini, terdapat seorang sahabat yang meminta saya mengulas sedikit sebanyak tentang isu satu sms yang diterima yang berbaur khurafat. SMS itu menyatakan suatu arahan kepada pembaca supaya menghantar SMS itu kepada beberapa orang tertentu. Jika gagal berbuat demikian, maka KESIALAN akan menimpa, kata SMS itu. Jika berjaya dihantar kepada beberapa orang yang disebutkan, maka si pembaca akan mendapat ganjaran kekayaan dan seumpamanya. Menyentuh persoalan ini, Pak Dy ingin mengingatkan bahawa perkara ini BATIL dan HARAM untuk diikuti.

Dalam satu hadis riwayat al-bukhari dan muslim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

“ Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan, tidak ada kesialan, tidak ada hal-hal tidak baik kerana burung hantu, dan kesialan Bulan Safar”.

Hadis ini dipetik daripada buku Soal Jawab Kemusykilan Agama, karangan Ustaz Ismail Kamus.

Tujuan penghantaran SMS karut ini sebenarnya adalah untuk memesongkan akidah umat Islam. Sesungguhnya ALLAH s.w.t sahaja yang mempunyai kuasa untuk memberikan bencana atau nikmat kepada hambaNya dan bukannya SMS itu. Apabila pembaca mempercayai SMS itu secara mentah-mentah, dikhuatiri batal akidahnya kerana UMAT ISLAM WAJIB MEYAKINI BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK MENENTUKAN SEGALA-GALANYA.

Satu perkara lagi yang dikhuatiri, melalui teknologi masa kini, sama ada melalui FACEBOOK atau SMS dan sebagainya, banyak perkara-perkara rekaan yang memang tidak diajarkan oleh Rasulullah s.a.w menjadi ikutan para umat Islam. Lebih menakutkan jika terdapat segelintir pihak yang sengaja mengada-adakan cerita berbentuk khurafat dan mendakwa perkara itu adalah ajaran Nabi s.a.w.

Merujuk kepada buku 300 HADIS BIMBINGAN karangan Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam, pada hadis ke 4, muka surat 3, hadisnya berbunyi :

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, “sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka.” Hadis ini SAHIH riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Teknologi yang ALLAH kurniakan kepada manusia, perlu diadaptasikan ke arah mencari keredhaan ALLAH s.w.t. bukannya untuk menyebarkan suatu ajaran yang bercanggah dan boleh meruntuhkan akidah. Jika kita lihat, di barat, masyarakat mereka menguasai ekonomi dan teknologi serta ilmu pengetahuan terkini sedangkan umat Islam yang merupakan umat TERBAIK tidak berkelakuan seperti itu bahkan masih berenang dalam arus KHURAFAT.

Merujuk kepada buku Tip-tip Cemerlang daripada Quran, karangan Dr, Danial Zainal Abidin, umat Islam perlu menguasai teknologi. Hal ini berdasarkan surah al-anfal ayat 60 yang bermaksud,

“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.”

Merujuk kepada kitab Al-Asas fit Tafsir, Syeikh Said Hawa menyatakan bahawa ayat ini bukan sekadar menyuruh umat Islam menyediakan busur dan panah semata-mata untuk mengumpul kekuatan. Tetapi kita perlu bersedia dengan roket atau peluru berpandu atau senapang untuk menguatkan sistem pertahanan negara. Kenderaan yang canggih juga perlu digunakan.

Hal ini secara jelas menunjukkan bahawa kekuatan umat Islam akan bertambah jika kita menggunakan teknologi yang ALLAH kurniakan sebaik mungkin untuk mencari redha ALLAH. Segala amalan khurafat, yang boleh membawa kepada syirik dan batal akidah WAJIB dijauhi. Tolong sebarkan info ini kepada rakan-rakan yang lain. Akhir kata, YANG BAIK ITU PASTINYA DATANG DARIPADA ALLAH S.W.T, YANG SALAH ADALAH KESILAPAN DIRI saya SENDIRI YANG KURANG ILMU. Persiapkan diri dengan teknologi, untuk MENJADI KHAIRU UMMAH! Sebarang komen yang bernas, boleh dimuatkan dalam shoutbox di bahagian bawah atau diemailkan kepada saya di rzdy208@yahoo.com. Sekian, wassalam…


9:13:00 AM



ISLAM : ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL…

0 comments

Sering kali telinga mendengar bahawa sesuatu bidang jika dilumuri dengan pengetahuan tanpa pengamalan, adalah sia-sia. Sejauh mana pernyataan ini benar?

Pak Dy mengambil kesempatan untuk mengulas tajuk ini di mana kita, selalu mempertikaikan perkara yang menjadi asas dalam ISLAM ini.

Tuntutan menuntut ilmu sememangnya menjadi satu kewajipan bagi setiap orang ISLAM. Hal ini dinyatakan dalam sepotong hadis riwayat al-Hakim yang bermaksud :

“daripada Sa’ad bin Abu Waqas r.a., Nabi s.a.w bersabda : kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah warak.”

Menurut penyusun buku 300 hadis bimbingan, terbitan TELAGA BIRU, maksud kalimah “kelebihan ilmu” ialah menambah ilmu lebih disukai dan lebih utama daripada menambah ibadat. Justeru, daripada penjelasan di atas, sememangnya terang bagi kita, bahawa umat Islam diwajibkan menuntut ilmu dan menambah ilmu.

Setelah mengetahui hakikat kepentingan ilmu, mari kita lihat pula kepada hakikat amalan ilmu yang kita pelajari. Dalam soal pengamalan, suatu perkara yang kita boleh singkap di sini ialah, ILMU TANPA AMAL, SEUMPAMA KERETA TANPA STERENG. Cuba kita imbau kembali, jika sesuatu kenderaan itu, tersangat cantik warnanya, sport rim yang besar, pendingin hawa yang sejuk, tetapi, tiada stereng, ke mana arah tuju kereta tersebut??? Kereta tersebut tidak lain dan tidak bukan, hanyalah satu kerugian yang besar.

Begitulah juga dengan mekanisme ciptaan ALLAH yang bernama manusia. Sesetengah pihak akan mendabik dada menyatakan bahawa “ilmu saya sudah cukup di dada”. Pernyataan yang berani, tetapi malangnya, jika orang yang menyatakan ungkapan tersebut tidak menutup aurat, tidak dijaga solatnya, pernyataan ini langsung tiada nilai. Orang melayu kita memang terkenal dengan sikap suka bercerita. Kadang-kala kita dikejutkan apabila seorang pak cik tua di kedai kopi, yang tiada kerja melainkan menganggur semata-mata, tetapi memberikan hujah yang berkobar-kobar di kedai kopi sambil menikmati secangkir kopi yang TERTANGGUH BAYARANNYA apabila diperkatakan mengenai sesuatu isu. Apa yang mengkagumkan Pak Dy ialah, pak cik tua itu, penuh pengetahuan, tetapi, mengapa tiada pekerjaan??? Mengapa hanya di kedai kopi sahaja tempat beliau meluahkan segala idea-idea. Lebih menyedihkan lagi jika pak cik tua itu hanya mampu berjenaka semata-mata di kedai kopi tersebut. Hal ini disebabkan oleh diri sendiri yang mempunyai ilmu, tetapi tidak beramal dengannya…

Di dalam buku TIP –TIP CEMERLANG DARIPADA QURAN, karangan Dr. Danial Zainal Abidin, disoroti satu pendapat daripada kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. Dalam coretan itu, Imam al-Ghazali mengatakan sedemikian :

Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fekah yang yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain mengetahui kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya. INILAH ULAMA YANG TERTIPU.

Imam Tabrani dan Baihaqi meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya”.

Sesungguhnya, setelah mengamati pandangan ulama Islam yang tersohor ini, suatu bunga keinsafan akan mula bercambah di dalam hati. Sedarlah wahai kita semua, UMAT ISLAM, seharusnya kita mengamalkan 3 prinsip dalam berilmu iaitu :

  1. mencari dan menambah ilmu
  2. mengamalkan ilmu
  3. menyebarkan ilmu

Pak Dy yakin dan percaya bahawa, jika kita mengistiqamahkan ketiga-tiga prinsip di atas, gelaran UMAT TERBAIK, akan dapat kita capai dan insyaallah kita akan dianugerahkan syurga oleh ALLAH S.W.T. Sekian, apa yang baik datang daripada ALLAH S.W.T, yang salah dan kurang datangnya daripada kesilapan diri saya sendiri yang mungkin tersalah menulis artikel. Akhir kata, YANG HAK TETAP HAK, YANG BATIL TETAP YANG BATIL. Senang-senangkan diri kita mencari ilmu supaya kita diredhai ALLAH di dunia dan akhirat. Sebarang komen dan cadangan, amat diharapkan…


3:58:00 PM



Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SHOUTS !


ShoutMix chat widget

    Carian

    Tepati Waktu Solat

    Blog Archive

    • ►  2013 (1)
      • ►  January (1)
    • ►  2012 (3)
      • ►  June (1)
      • ►  March (2)
    • ▼  2011 (12)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ▼  March (3)
        • AURAT WANITA
        • KHURAFAT MODEN, APA KAITANNYA DENGAN TEKNOLOGI????
        • ISLAM : ANTARA TEORI DAN PRAKTIKAL…
      • ►  February (3)
      • ►  January (2)
    • ►  2010 (46)
      • ►  December (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  April (2)
      • ►  March (13)
      • ►  February (20)
      • ►  January (6)

    Laman - Laman Saudara Semuslim

    • Berfikir Sejenak ( Dzul - Author )
    • HALUAN Malaysia
    • I Luv Islam
    • Ibn Rajab Online
    • Institut Kefaham Islam Malaysia ( IKIM )
    • Islamic Propagation Society International ( IPSI )
    • IslamOnline.net
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
    • Kuliyah.net
    • Nasyid FM
    • Oh ! Islam
    • Pencari Cinta Ilahi
    • Qhazanah
    • Reading Islam
    • SATU UMAT
    • Tanyalah Ustaz
    • Untuk Sesama Insan

    Free Counter

Copyright © All Rights Reserved. SAF ZAHIRUL HAQ | Converted into Blogger Templates by Theme Craft