Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada ALLAH s.w.t kerana kita diizinkan hidup sehari lagi dan pada hari ini iaitu 12 Rabiulawal 1432h, kita bersama-sama dapat berselawat dan mengingati junjungan kita iaitu Rasulullah s.a.w. Tetapi, persoalannya sekarang ini, adakah hanya pada hari ini sahaja kita perlu mengingati Rasulullah??? Apakah perkara yang terbaik perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecintaan kita kepada kekasih ALLAH ini???
Belakangan ini, Pak Dy terlihat akan sikap manusia yang sangat kuat ibadatnya, mungkin mantap akidahnya tetapi, BERMASALAH AKHLAKNYA… Apabila Pak Dy meniliti sedikit rujukan, didapati bahawa akhlak Rasulullah sangat CEMERLANG…
Hal ini berdasarkan satu hadis riwayat AHMAD :
“daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”
Apabila kita memandang kepada akhlak umat Nabi s.a.w sekarang, kesedihan akan dirasai secara mendalam. Mana tidaknya, dengan akhlak buruk yang ditonjolkan oleh ORANG MUDA dan sikap kasar yang ditonjolkan oleh ORANG TUA sememangnya tidak menunjukkan bahawa umat Islam ini bersifat lemah lembut.
Orang muda terkenal dengan sifat suka mencarutnya, manakala orang tua terkenal dengan suara kasarnya yang kadangkala menyebabkan belia-belia dan sahabat-sahabat kita daripada orang Islam atau bukan Islam merasakan bahawa Islam ini KASAR. Justeru, melalui sifat seperti ini DAKWAH islam akan menemui KEGAGALAN. Sedarlah wahai saudara-saudara Islamku sekalian, sebenarnya sifat ini tidak digalakkan dalam islam,,, mahukan dalil??? Ini dia dalil yang cukup mudah dan ringkas…
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda “Tidak dicabut sifat berbelas kasihan melainkan daripada orang yang jahat.” Hadis ini sahih riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.
Memang tidak dinafikan bahawa bukan semua orang Islam berakhlak buruk tetapi, jika sebahagian BESAR bersifat sedemikian, maka seluruh umat islam akan dilabel sebagai zalim, kejam, pengganas, kasar dan mungkin pelbagai comahan yang lebih buruk yang bakal kita dengar dari musuh-musuh Islam. Jika kita sebagai umat Islam mengaku bahawa kita adalah Umat NABI MUHAMMAD S.A.W, mengapa tidak kita amalkan akhlak Rasulullah s.a.w yang dikatakan sebagai AL-QURAN oleh SITI AISYAH? Tidak guna jika kita sekadar BERARAK, BERSELAWAT, BERMARHABAN SEHINGGA HILANG SUARA dan membuat sambutan MAULIDUR RASUL tetapi, amalan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w tidak kita amalkan. Cara yang terbaik untuk mengingati Rasulullah s.a.w sepanjang masa adalah dengan mengamalkan semua suruhan ALLAH dan Rasulullah serta menguatkan lagi usaha dakwah…
Dalam soal dakwah itu sendiri, dakwah yang terbaik adalah dengan menunjukkan AKHLAK CEMERLANG. Kita sering mendengar rungutan daripada pendakwah-pendakwah yang menghadapi kegagalan. Mereka mengatakan bahawa orang yang mereka ingin dakwah itu, memberi reaksi negatif.
Antara reaksi negatif yang popular ialah “kalau U nak tegur I, cermin diri U dulu”.
Seolah-olah pendakwah sekarang ini DUA KALI LIMA dengan orang yang ingin kita dakwah tersebut. Sebagai penutup kepada artikel pendek daripada insan kerdil ini, saya ingin menyeru diri saya dan seluruh umat Islam yang membaca artikel di sini, marilah kita mempertingkat SELAWAT kita kepada Rasulullah s.a.w dan cuba sedaya upaya menuntut ilmu tentang sunnah nabi serta mengamalkan dan menyebarkannya…
Hayatilah sepotong hadis ini sebagai penutup,
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : “orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”
(“Allah berselawat” bermaksud rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t.)
Hadis-hadis yang dimuatkan dalam artikel ini dipilih daripada buku 300 HADIS BIMBINGAN oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd. Nazam. Semoga Allah memberkati usaha mereka…
Akhir kalam, YANG HAK TETAP HAK, YANG BATIL TETAP YANG BATIL. Yang baik itu datang daripada Allah s.w.t, apa yang salah dan silap itu adalah kesilapan Pak Dy dalam menyiapkan artikel ini. Sebarang komen boleh dimuatkan ke SHOUT BOX atau boleh dikomen terus ke rzdy208@yahoo.com. Sekian, wassalam…
Post a Comment