skip to main | skip to sidebar
SAF ZAHIRUL HAQ
RSS
  • Home
  • Fan @ Facebook
  • SMK Tun Hussein Onn

BELANG SEBENAR HARI VALENTINES DAY

Dy 0 comments

Pembaca yang dimuliakan.

Hari mengingati kekasih ataupun Valentines Day adalah satu contoh hari kebesaran ritual bukan Islam. Menurut Ibnu al-Qayyim al- Jauziah "memberikan ucapan selamat kepada acara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka telah disepakati bahawa perbuatan mereka itu haram. Bagi yang mengucapkannya tidaklah menjadi kafir tetapi dia melakukan perkara yang haram".

Sebenarnya hari mengingati kekasih atau Valentines Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran KRISTIAN. Terdapat banyak sejarah yang masyur tentang hari mengingati kekasih atau Valentines Day antaranya:

1. Hari mengingati kekasih atau Valentines Day bermula semasa pemerintahan Empayar Rom
iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang JUNU atau kepada dewa-dewa dan dewi-dewi ROM. Hari berikutnya bermula pula PESTA LUPERCALIA iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat ROM di mana pada malam tersebut, nama-nama gadis ROM ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta itu.

2. Pendapat kedua mengatakan pada 14 Februari 270 Masihi,St.Valentine dibunuh kerana pertelingkahan dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius 2, pada waktu itu Raja Claudius 2 telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dengan peperangan. Disebabkan larangan itu St.Valentine dan St.Marius telah mengahwinkan orng-orng Kristian secara rahsia. Akibatnya, St.Valentine ditangkap,disebat hingga mati dan dipenggal kepalanya pada 14.2.270M.Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan,keberanian dan kepasrahan, maka pada 14 Februari dijadikan hari memperingatinya sebagai acara keagamaan.

Pembaca yang saya muliakan,ah

Banyak lagi versi tentang sejarah asal hari mengingati kekasih atau Valentines Day bermula yang kesemuanya ada hubung kait dengan agama KRISTIAN. Islam amat prihatin dan sensitif jika sesuatu amalan itu melibatkan agama khususnya yang berkaitan dengan akidah. Islam mahu umatnya mempunyai identiti sendiri. Oleh itu, penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadat muamalat dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan orang bukan Islam. Firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-kafirun, maksudnya:

" katakanlah : Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, untukmu agama kamu, untukku agamaku.

Pembaca yang dimuliakan,

Islam sentiasa menganjurkan supaya umatnya menjalin hubungan kasih sayang, silaturahim dan saling membantu antara satu sama lain. Kasih sayang itu bukan hanya perlu dipupuk antara suamin dan isteri, ibu bapa dan anak-anak serta anak dengan ibu bapa sahaja, tetapi silaturaim terhadap saudara yang lain termasuk jiran tetangga juga sangat digalakkan oleh Islam kerana hasil dari ikatan kemesraan itu akan melahirkan kekuatan umah yang padu. Adalah wajar amalan hormat-menghormati dan tolak ansur di antara jiran tetangga ditingkatkan kerana ianya boleh meningkatkan kehidupan yang harmonis dan sekaligus dapat membangunkan institusi keluarga masing-masing. Tetapi Islam mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang dan tidak melampaui batas.


5:04:00 PM



0 responses to "BELANG SEBENAR HARI VALENTINES DAY"


Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SHOUTS !


ShoutMix chat widget

    Carian

    Tepati Waktu Solat

    Blog Archive

    • ►  2013 (1)
      • ►  January (1)
    • ►  2012 (3)
      • ►  June (1)
      • ►  March (2)
    • ►  2011 (12)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
      • ►  April (1)
      • ►  March (3)
      • ►  February (3)
      • ►  January (2)
    • ▼  2010 (46)
      • ►  December (1)
      • ►  August (1)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  April (2)
      • ►  March (13)
      • ▼  February (20)
        • PERINGATAN DAN SEBARKAN
        • Sayings of the Prophet Muhammad(may peace and bles...
        • Dajjal
        • Ciri-ciri Kepimpinan Yang Baik
        • DOES LOVE HARAM IN ISLAM????
        • Rasulullah s.a.w. sebagai Pemimpin
        • The Timelessness of Prophet Muhammad's Message
        • None of the Bible’s Writers Believed That Jesus is...
        • Awas Perangkap Kristian Untuk Remaja Islam
        • Mereka Memilih Islam
        • How to Convert to Islam and Become a Muslim
        • ISLAM AT GLANCE
        • Hukum Rai Valentine Dan Jual Bunga
        • CINTA - SEJATI ATAU ILUSI
        • Bertudung ! Tetapi.....
        • Di Mana Cantiknya Seorang Wanita
        • Anak Luar Nikah...
        • Kiamat 2012
        • BELANG SEBENAR HARI VALENTINES DAY
        • MENJAUHI BUDAYA SONGSANG- VALENTINES DAY
      • ►  January (6)

    Laman - Laman Saudara Semuslim

    • Berfikir Sejenak ( Dzul - Author )
    • HALUAN Malaysia
    • I Luv Islam
    • Ibn Rajab Online
    • Institut Kefaham Islam Malaysia ( IKIM )
    • Islamic Propagation Society International ( IPSI )
    • IslamOnline.net
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
    • Kuliyah.net
    • Nasyid FM
    • Oh ! Islam
    • Pencari Cinta Ilahi
    • Qhazanah
    • Reading Islam
    • SATU UMAT
    • Tanyalah Ustaz
    • Untuk Sesama Insan

    Free Counter

Copyright © All Rights Reserved. SAF ZAHIRUL HAQ | Converted into Blogger Templates by Theme Craft