Salam. Bertemu lagi pada penulisan kali ini. Pak Dy akan berbicara mengenai suatu perkara yang penting dalam Islam walaupun banyak yang menganggap bahawa isu ini merupakan isu remeh. SIKAP. Apa yang kita faham mengenai sikap? Secara rawaknya, sikap bermaksud sesuatu identiti yang melambangkan ciri-ciri atau keperibadian seseorang. Bagaimana pula dengan sikap umat islam pada hari ini??? Adakah cemerlang? Apakah sudah CUKUP BAGUS??? Pada pendapat penulis, kita belum cukup bagus tetapi masih banyak kelemahan yang perlu kita baiki bagi menjadi umat yang cemerlang.
Dahulunya, umat Islam dilihat sebagai THE MOVING AL-QURAN. Tetapi, pandangan tersebut dianggap usang pada masa kini kerana jika dilihat dan disoal pada diri sendiri, apakah kelebihan Islam pada masa kini??? Mungkin pembaca akan merasa ragu dan marah jika Pak Dy menyatakan bahawa Islam sekarang jika dibandingkan dengan Islam dahulunya, adalah jauh panggang dari api. Hal ini kerana, lihat sahaja umat kita sekarang ini, yang dilanda CINTA PADA DUNIA. Mana tidaknya, budaya couple, rempit dan pelbagai budaya barat, hidup melata dalam komuniti kita. Malangnya, umat islam seperti hilang acuan sendiri dan terus menerus mengikuti telunjuk BARAT. Jika berbicara mengenai cinta, VALENTINES DAY diagung-agungkan. Kononnya untuk melambangkan cinta SUCI kepada kekasih. Pada hakikatnya, HARAM BAGI UMAT ISLAM MENYAMBUT VALENTINES DAY!
Untuk mengatasi masalah sikap umat Islam yang semakin lama semakin teruk ini, AL-QURAN telah menyediakan formula yang baik dan sangat KRITIKAL untuk kita ikuti. Dalam surah ALI IMRAN ayat 110, ALLAH berfirman yang bermaksud :
“ Kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasik”
Daripada dalil ini sendiri, ALLAH S.W.T. telah mendedahkan rahsia kecemerlangan umat kepada kita iaitu :
- menyuruh berbuat makruf
- mencegah kemungkaran
- beriman kepada ALLAH
Jadi, kepada semua umat Islam diluar sana, marilah kita MEMPERBAIKI SIKAP KITA dan bangkit lantas mengamalkan semua suruhan ALLAH dan bertitik tolak daripada ayat ini, marilah kita giatkan lagi usaha dakwah terhadap orang Islam dan orang bukan Islam. Sebagai penutup artikel kali ini, Pak Dy ingin mengemukan satu kata-kata yang dilontarkan oleh seorang bekas artis BARAT yang telah memeluk Islam iaitu CAT STEVEN atau nama Islamnya, YUSUF ISLAM. Beliau berkata,
“aku melihat tamadun BARAT itu sebagai KAPAL YANG SEDANG KARAM, tetapi malangnya, UMAT ISLAM berbondong-bondong TERJUN bersama-sama kapal yang sedang karam itu”
Moga-moga kita bertemu lagi dalam artikel yang lain. Akhir kalam, YANG HAK ITU TETAP HAK, YANG BATIL ITU TETAP YANG BATIL. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan serta teguran yang ingin dikongsi, sila lontarkan di shout box di bawah atau boleh diemailkan terus kepada saya di rzdy208@yahoo.com. Wassalam…
artikel permulaan yg simple... perlu dalil yang lebih byk
salam... moga2 lebih byk artikel