salam. mungkin sudah lama pihak kami menyepi dengan artikel dan hanya sibuk menguruskan persatuan di sekolah. kita mulakan semula penulisan di blog ini dengan intipati terkini iaitu berkesinambungan kepada ceramah yang diadakan baru-baru ini yang bertajuk CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULULLAH.
kita kerap mendengar lagu-lagu yang mengetengahkan isu cinta kepada manusia. siapa tidak kenal dengan lagu BILA CINTA DIDUSTA, C.I.N.T.A dan bermacam-macam lagi lagu yang mengasyikkan diri dengan cinta. tetapi sedar atau tidak, AL QURAN terlebih dahulu mengajar umat islam mengenai cinta. ALLAH S.W.T. sendiri mempunyai sifat AR-RAHIM yang bermaksud MAHA MENGASIHANI. di dalam surah ALI IMRAN, ayat ke 31, ALLAH S.W.T. dengan terang-terangan memberitahu bahawa jika kita manusia mencintai ALLAH, maka ikutilah apa yang disuruh dan kemudian kita akan diberikan pengampunan daripada ALLAH S.W.T.
tetapi malangnya, kita manusia seolah-olah mengetepikan cinta kepada ALLAH bahkan kita membuatnya seperti tidak wujud. kita lebih mengagung-agungkan artis-artis yang kita anggap sebagai IKON terbaik. mana tidaknya, SKIN HEAD, PUNK, TROJAN dan sebagainya kita ikut bulat-bulat tetapi amalan BERTUDUNG bagi menutup aurat wanita kita kurang mengambil perhatian. tetapi, apabila kita diuji dengan ujian yang getir daripada ALLAH S.W.T, kita kerap melatah dan menyalahkan ALLAH S.W.T.
sebagai penutup bagi muqaddimah tahun baharu ini, renungilah sepotong hadis...
RASULULLAH S.A.W bersabda yang bermaksud :
demi zat yang jiwaku berada di tanganNya, tidak sempurna iman seseorang selagimana aku tidak lebih dicintainya berbanding ibu bapanya sendiri...
moga bertemu di lain ketika, dan BERSAMA KITA MENGIMARAHKAN BLOG DENGAN DAKWAH ISLAMIAH... WASSALAM...
1 response to "cinta kepada ALLAH dan RASULULLAH"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berikanlah komen yang dapat membina,,, moga kelemahan dpat diperbaiki... amin